Jawapan yang ringkas? Yesus sendiri mengajar pengikut-Nya supaya menyayangi mereka yang menganiayai kita. Sewaktu Yesus disalib, Dia berdoa supaya Allah Bapa mengampuni pihak yang menyalibkan Dia kerana mereka “…tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka” (Lukas 23:34).

Jikalau kita sebagai orang Kristian ataupun pengikut Yesus melakukan yang bertentangan terhadap ajaran Yesus, itu adalah dosa. Bandingkan reaksi orang Kristian dengan puak-puak yang mentuhankan manusia, sedangkan mereka merendahkan martabat Tuhan Yesus dengan menggelar-Nya sekadar seorang nabi atau manusia fana sahaja. Orang Kristian tidak mengamuk dan mengambil parang menetak orang lain! Orang Kristian yang lain pula tidak mengalu-alukan kelakuan tersebut, ataupun menggelarkan perbuatan yang keji seperti itu sebagai patut dan halal. 

Di sebaliknya, orang Kristian hanya berdiam diri dan berdoa untuk pihak yang bersalah sehingga sanggup membunuh orang lain dengan kekeliruan bahawa dia akan memperoleh kematian seorang syahid kelak, bahawa mereka akan bertaubat dan pulang ke pangkal jalan yang betul, ke jalan yang lurus. Bukankah Yesus telah menggelar sendiri sebagai “…jalan untuk mengenal Allah…” ataupun “…jalan dan kebenaran dan hidup…”? (Yohanes 14:6).

Berikut adalah antara ayat-ayat Alkitab yang memberi pedoman sewaktu bertemu dengan musuh kita. Semoga Allah Bapa, Anak Allah, dan Roh Kudus memberi kita hikmat serta kasih sayang yang luarbiasa untuk mendukung anasir-anasir jahat di dunia ini dalam doa supaya mereka bertaubat dan dibebaskan daripada kejahilan serta perasaan kebencian, dan mengenali Yesus sebagai Tuhan dan Allah mereka. 

 

Matius 5:43-45: “Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: ‘Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu. Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari untuk orang yang jahat dan orang yang baik. Dia menurunkan hujan untuk orang yang benar dan orang yang tidak benar.”

Amsal 25:21: “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan, dan jika dia dahaga, berilah dia minum.”

Lukas 6:35: “Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim.”

Amsal 10:12: “Kebencian menimbulkan perbalahan, tetapi kasih menutupi segala pelanggaran.”

Lukas 6:27-28: “Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata: Kasihilah musuhmu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu; berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu.”

Roma 12:20: “Oleh itu, “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum; Kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya.”

 

Yesus sebagai Tuhan dan Allah juga tidak melaknat mana-mana pihak yang menganiayai-Nya, ataupun menyeru orang Kristian untuk melakukan demikian di dalam doa mereka. Oleh itu, orang Kristian yang patuh dan setia kepada Tuhan Yesus akan terus berdoa untuk perkara yang baik dan betul di dalam dunia ini, tanpa menyimpan sebarang rasa dendam ataupun menyeru untuk pemenggalan kepala orang lain walaupun keilahian dan peribadi Yesus dihina. 

Ini adalah perbezaan yang paling ketara di antara orang Kristian dengan mereka yang masih belum percaya: kasih sayang.  Yesus mengajar, “Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku” (Yohanes 13:35).

Kalau saudara ragu-ragu tentang nilai-nilai kepercayaan saudara dan ingin mengikut Allah, sila hubungi kami