“Tetapi seorang yang percaya kepada Allah tidak bergantung kepada usahanya sendiri. Orang itu percaya kepada Allah yang menyatakan orang berdosa bebas daripada dosa. Kepercayaan orang itu menyebabkan dia diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan-Nya.” – Roma 4:5 BM
Daud diterima oleh Allah kerana pertaubatan dari dosanya, bukan dengan usaha akal dan kekuatannya. Allah melihat kepercayaan yang ada pada Daud. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa, tetapi saya ingin katakan bahawa perkara yang kurang penting tentang kamu dan saya adalah kepala kita. Allah telah mencipta sedemikian bentuk dan kompleks kepala kita untuk digunakan sebaik mungkin. Saya juga menggunakan kepala saya dan adakalanya terlebih guna. Tapi saya ingin katakan bahawa perkara tidak seberapa penting tentang kita adalah kepala kita.
Kepala anda mungkin penting untuk pakai topi dan membolehkan kacamata anda diletak dengan betul, dan perkara lain yang mungkin berguna. Boleh saja kegelapan menurut intelek anda adalah cahaya terang untuk hati anda. Kepala anda boleh saja menyesatkan anda, tetapi hati anda akan membimbing anda ke cahaya kasih karunia Allah dan belas kasihan.
Setiap hari, saya berusaha untuk memahami Allah. Oleh kerana keadaan hidup, lingkungan sosial dan banyak hal; otak saya lelah cuba untuk memahami dan beralasan dengan Allah menurut apa yang saya ingini. Ianya tidak berguna. Pengetahuan Allah bertentangan dengan alasan manusia; ianya, bagaimana sekalipun, di atas dan melampaui kemampuan intelek dan berfikir manusia. Ada hal yang saya tidak fahami secara intelektual sebab itu saya berserah pada iman.
Hubungan saya dengan Yesus Kristus jauh melampaui theology dan dekat dengan doxology. Yang lebih penting kepercayaan (iman).
Ya Allah, dengan iman saya tuntut semua yang saya tidak dapat fahami secara intelektual. Belas kasihan-Mu sungguh hebat, ia memenuhi saya dengan puji-pujian dan ucapan syukur dimulutku. Dalam nama Yesus, Amin.