Pujilah Allah di Rumah-Nya!
Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi!
Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian!
Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!
Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting!
Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!
Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!
Pujilah TUHAN!

– MAZMUR 150

Mungkin telah kian lama kamu memperhatikan kawan-kawan kamu yang berlainan agama labelkan mereka yang mendengar muzik sebagai ahli neraka. Pelik juga kerana golongan ini dengan bangganya mendakwa bahawa Yesus itu Muslim (berdasarkan ayat-ayat Alkitab yang dipetik di luar konteks), walaupun Yesus memberi anak murid-Nya minum arak (wain) pada malam Dia ditangkap, menikmati mainan muzik di pelbagai situasi seperti upacara perkahwinan, upacara pengebumian, dan perarakan yang berlainan di Bait Allah di Yerusalem. 

 

Pendek kata, orang Kristian boleh mendengar muzik, menari, dan menyanyi. Ini kerana muzik salah karunia daripada Allah yang benar kepada umat manusia untuk dinikmati. Lagu sembahan dan pujian kepada Allah yang benar adalah sesuatu yang menyenangkan hati-Nya. 

 

Keluaran 15 adalah salah satu lagi contoh bahawa nyanian dan muzik tidak haram untuk orang Kristian, malah boleh dikatakan sebahagian daripada kehidupan rohani orang yang percaya. Musa menyanyikan lagu untuk TUHAN setelah mereka dibebaskan daripada angkatan tentera Firaun di Laut Gelagah. Kakak Musa, Miryam, bukan sahaja menyanyi tetapi mengiringi nyanyiannya dengan pukulan tamburin dan tarian.

 

Mazmur 149:1 menyatakan, “Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!“, diikuti dengan Mazmur 149:3, “Pujilah nama-Nya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

 

Yesus sendiri tidak mengecam sesiapa yang bermain muzik, bernyanyi ataupun menari. Malah, Wahyu 14:3 menceritakan tentang hal-hal yang akan datang satu hari nanti. Rasul Yohanes diberi wahyu bahawa sebanyak 144,000 orang berdiri bersama-sama Yesus di syurga dan menyanyikan satu nyanyian baru.

 

Jadi, mereka yang taat kepada ajaran Yesus adalah pengikut Allah yang benar. Allah bukan seorang yang jauh sangat dan sangat sukar untuk mendekati. Yesus sendiri berjanji, “Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan” (Yohanes 8:31-32).

 

Bebas menyembah Allah dengan cara tersendiri termasuk memain muzik, menari, dan menyanyi. Inilah Allah yang orang Kristian percaya dan sembah. Betapa besar kasih setia-Nya kepada kita! Tuhan berkati kalian.