Sesiapa yang ingin menjadi seorang Kristian bermaksud mempercayai dalam serta mengikut Yesus (Yohanes 10:26-30). Ramai orang berkumpul mengerumuni Yesus di mana juga Dia berada, tetapi kebanyakan daripada mereka bukan pengikut yang sejati. Mereka hanya mahu mengalami penyembuhan jasmani, untuk menyaksikan Yesus menghalau roh jahat, serta menerima makanan yang dilipatgandakan secara mukjizat. Yesus memberi amaran kepada sesiapa yang ingin mengikuti Dia. 

“Setelah itu, Yesus memanggil murid-murid-Nya dan orang ramai di situ lalu berkata kepada mereka, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya,i memikul salib dan mengikut-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya, akan kehilangan hidupnya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku dan untuk Injil, akan menyelamatkan hidupnya itu. Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Dapatkah hidup itu ditukar dengan apa pun? Jika seseorang malu mengakui Aku dan perkataan-Ku dalam kalangan angkatan yang cabul dan berdosa ini, Anak Manusia juga akan malu mengakuinya ketika Dia datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi para malaikat suci” (Markus 8:34-38).

Adakah anda mengikuti kehendak sendiri, ataupun melupakan kepentingan sendiri dan mengikut Yesus? Adakah anda menghargai kehidupan duniawi ataupun kehidupan yang kekal? Adakah anda sayang pada semua harta-harta di dunia ini ataupun penyelamatan roh anda? Adakah anda malu mengakui Yesus atau berasa takut jika Yesus malu mengakui anda?

Anda mengejar apa yang berharga kepadamu. Anda bekerja keras kerana tahu bahawa ganjaran yang diterima jauh lebih berharga daripada kenikmatan sementara berehat di rumah sambil menonton TV. Jika Yesus memanggil anda, anda akan mengikuti Dia dengan pengetahuan bahawa kehilangan hidup duniawi ini jauh lebih berbaloi untuk menerima hidup yang kekal. 

Adakah anda akan mengikut Yesus? Cuba hitungkan kosnya (Lukas 14:25-33):

  • Mengikuti Yesus memerlukan anda meninggalkan segala milikmu. Yesus berkata bahawa anda perlu menyangkal diri dan memikul salibmu. Barangsiapa yang menolak salib tidak boleh menjadi murid Yesus (Lukas 14:27). 
  • Pengikut Yesus mungkin kehilangan keluarga dan rakan-rakan. Yesus berkata bahawa kedatangan-Nya biasanya menyebabkan pengikut-Nya dan keluarga, rakan-rakan mereka serta dunia berpecah-belah. Sesiapa yang tidak membenci (maksudnya menyayangi mereka dengan kurang) keluarganya tidak layak mengikuti Yesus (Matius 10:32-39). 
  • Pengikut Yesus mungkin mengalami kehilangan harta. Seorang kaya yang bongkak berfikir bahawa kehidupan dia cukup baik untuk menikmati syurga selepas dia mati. Yesus berkata kepadanya, “Jika kamu ingin menjadi sempurna, pergilah, jual segala harta bendamu dan sedekahkan kepada orang miskin, maka kamu akan mendapat harta di syurga. Sesudah itu, datanglah dan ikut Aku” (Matthew 19:21). Oleh kerana orang kaya tersebut menyayangi hartanya lebih daripada Allah, dia meninggalkan Yesus. 
  • Pengikut Yesus akan menghadapi penderitaan. Orang Kristian harus menjangka penderitaan sebagai sesuatu yang biasa oleh kerana mengikuti “seorang yang penuh derita” (Yesaya 53 dan Yohanes 15:18-21). Malah, Yesus menamakan mereka yang dianiaya sebagai seorang yang “diberkati,” berkata “…bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga” (Matius 5:10-12).

Umat Allah sentiasa menghadapi penderitaan. Nabi-nabi dicerca, diseksa, dan dibunuh (Ibrani 11:37). Sejarah menunjukkan bahawa 10 daripada murid Yesus dibunuh kerana menyebarkan berita tentang Tuhan Yesus. Mengikut tradisi, Petrus berkeras untuk disalibkan secara terbalik kerana dia menganggap diri tidak layak untuk mati dalam cara yang sama seperti Tuhannya. Malah, dia menulis, “Sekiranya kamu dicela kerana menjadi pengikut dan mengambil nama Kristus, diberkatilah kamu kerana Roh yang mulia iaitu Roh Allah ada bersamamu” (1 Petrus 4:14). Rasul Paulus dipenjarakan, dipukul, ditimpa nahas kapal, disebat, direjam beberapa kali kerana menyebarkan berita tentang Yesus, tetapi dia menganggap semua penderitaan tersebut tidak boleh dibandingkan dengan ganjaran yang menantikan dia di syurga (Roma 8:18). 

Mengikuti Yesus tidak bermakna bahawa anda akan hilang segala harta benda, keluarga, rakan-rakan, dan kesihatan, tetapi persoalannya adalah ini: adakah anda sanggup?

Benarkah Yesus Mati Disalib?

Walaupun terdapat pengorbanan untuk setiap pengikut Yesus, penderitaan akan membawa ganjaran duniawi serta syurgawi. Melalui penderitaan, Tuhan sentiasa mengiringi mereka yang percaya (Matius 28:20; Ibrani 13:5); Dia tahu kebatasan masing-masing dan memberi kasih kurnia kepada mereka (1 Korintus 10:13; 2 Korintus 12:9); Dia memberi mereka ganjaran di syurga (Matius 5:10-12); Dia akan bekerja untuk kebaikan bagi mereka yang mengasihi-Nya, membentuk watak seseorang sambil memuliakan Diri-Nya (Roma 8:28). Ganjaran yang diberi kerana mengikut Yesus jauh lebih berbaloi daripada segala sesuatu!

Yesus menderita dan mati di atas kayu salib untuk membayar upah dosa anda dan saya. Terdapat hanya satu cara untuk menerima pengampunan dosa serta hidup yang kekal: iaitu melalui kepercayaan pada Tuhan Yesus (Efesus 2:8-9). Walaupun penderitaan seorang Kristian tidak dapat menambah sedikit pun dalam hal penyelamatan kerana kematian Yesus merupakan korban yang sempurna untuk manusia sejagat, seorang pengikut Yesus yang benar akan tetap taat setia kepada-Nya melalui apa jua penderitaan yang dihadapi. 

Benarkah Yesus bangkit dari kematian?

“Justeru inilah kamu telah dipanggil, kerana Kristus juga menderita untuk kita, memberi kita teladan, supaya kita menurut jejak langkah-Nya. “Dia tidak melakukan dosa, dan tidak ada tipu daya dalam mulut-Nya.” Apabila Dia dicela, Dia tidak mencela kembali. Apabila Dia menderita, Dia tidak mengugut, tetapi menyerahkan diri-Nya kepada Allah yang menghakimi dengan adil. Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu. Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu” (1 Petrus 2:21-25).