Sewaktu kita menyediakan hati untuk Hari Doa Untuk Gereja Yang Dianiaya, marilah kita ingati apa yang disampaikan di Ibrani 13:3, “Ingatlah kepada orang yang terpenjara seolah-olah kamu terantai bersama mereka; kenanglah orang yang dianiaya seolah-olah kamu juga dianiaya, kerana kamu dan mereka adalah satu.” Untuk mereka yang sedang mengalami penganiayaan, golongan Kristian ini dikuatkan oleh pengetahuan bahawa mereka sedang didoakan oleh murid-murid Yesus yang lain di seluruh dunia. 

  1. Algeria

Sejak dua tahun yang lalu, kerajaan Algeria telah menutup 14 daripada 50 buah gereja di negara tersebut, termasuk Church of the Full Gospel di Tizi-Ouzou yang mempunyai sebanyak 700 anggota. Gereja tersebut adalah gereja Protestan terbesar (dari segi anggota, kerana kami sebagai orang Kristian percaya bahawa istilah gereja itu tidak bermaksud bangunan tetapi murid Yesus) di Algeria. Terdapat juga undang-undang di Algeria yang mengharamkan penyebaran agama Kristian, di mana kebanyakan daripada mereka yang memilih untuk mengikuti Yesus dulunya mengikut agama rasmi Algeria. 

  1. Mesir

Orang Kristian di Mesir berasa lebih selamat di bawah pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dahulu, di mana sebanyak 168 bangunan gereja baru diluluskan pada akhir tahun lepas. Walaupun begitu, orang Kristian adalah golongan minoriti (hanya 8%-10% daripada populasi sebanyak 100 juta orang) di sana dan masih mengalami penindasan dan penganiayaan oleh kerana mereka mengikut Yesus. Terdapat beberapa peristiwa yang dilaporkan berlaku sepanjang tahun ini yang menunjukkan bahawa , antaranya ugutan, ditahan oleh pihak berkuasa hanya semata-mata percaya dalam Yesus, dan lain-lain. 

  1. Eritrea

Di Eritrea, negara yang paling kecil di Afrika Timur yang bersempadan dengan Laut Merah, lebih dari 150 Kristian ditahan tahun ini sahaja. Kebanyakan orang Kristian yang ditangkap terpaksa bertahan di ruang yang sempit dan kotor, tanpa didakwa secara rasmi untuk sebarang kesalahan. Orang ditahan dan tidak dapat dihubungi lagi begitu sahaja. Mereka akan menjadi banduan, dan ada yang dilepaskan, ada pula yang kena mengharungi kehidupan sebagai seorang banduan untuk bertahun-tahun. 

  1. India

Pada 5 Oktober 2019, tiga pastor Amerika ditahan oleh Jabatan Kastam di India setelah mereka memberitahu pegawai kastam bahawa mereka adalah Kristian. Kerajaan India masih menghadkan penglibatan NGO serta badan kebajikan Kristian, menguatkan undang-undang yang menghalang orang daripada menukar agama mereka, serta orang Kristian tempatan seringkali diserang oleh golongan extremis. Kebanyakan kali, sasaran gerombolan terdiri daripada mereka yang bukan Hindu dan dituduh (secara palsu) tentang penukaran agama ataupun penyembelihan lembu. Alangkah sedihnya apabila pihak berkuasa tempatan biasanya gagal mendakwa sesiapapun. 

  1. Iran

Terdapat kira-kira 800,000 Kristian di Iran yang menghadapi penganiayaan yang hebat setiap hari di sana. Penukaran agama dari agama rasmi negara diharamkan dari segi undang-undang. Hanya di dalam bulan Oktober 2019 sahaja, sembilan orang Kristian dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kerana mereka didakwa “bertindak menentang keselamatan negara”—salah satu dakwaan negara memperalatkan dengan kerap di dalam penganiayaan orang Kristian yang sistemik. Biasanya, orang Kristian ditahan dan dipenjarakan hanya kerana mereka menyembah Yesus secara peribadi di rumah masing-masing. Negara Iran juga telah dilaporkan telah menutup tempat beribadah serta menjadikan bangunan gereja yang menjalankan kebaktian di dalam bahasa Farsi sebagai sasaran yang seterusnya. Ini adalah kerana mereka takut bahawa kebenaran yang diajar di gereja menjadi punca pembebasan kepada mereka yang belum percaya lagi. 

  1. Iraq

Walaupun ISIS dikalahkan di Iraq, orang Kristian di sana masih dianiayai, di mana budaya serta populasi mereka dimusnahkan secara sistemik oleh para extremis Muslim. Assyrian Church of the East, Syrian Orthodox Church, Syrian Catholic Church, Chaldean Catholic Church, dan Armenian Orthodox Church tetap diserang terutamanya oleh extremis Muslim dan pihak berkuasa. Di kawasan tengah dan selatan Iraq, orang Kristian biasanya menyembunyikan simbol-simbol kepercayaan mereka seperti salib, kerana ini boleh menjadi punca serangan ataupun diskriminasi. 

  1. Korea Utara

Korea Utara telah lama menjadi tempat yang paling bahaya untuk menjadi seorang Kristian. Di negara tersebut, warganegaranya diajar untuk menyembah pihak berkuasa, dan ajaran Kristian dianggap sebagai ancaman. Biasanya, warganegara Korea Utara diajar bahawa keluarga Kim adalah ilahi, oleh itu ajaran Kristian diharamkan di sana. Terdapat anggaran oleh para pakar bahawa kira-kira 300,000 Kristian yang tinggal di sana buat masa sekarang, di mana kebanyakan daripada mereka menyembunyikan kesetiaan mereka kepada Yesus Kristus daripada pengetahuan pihak berkuasa. 

  1. Saudi Arabia

Saudi Arabia terus ‘berlumba’ dengan Korea Utara untuk menjadi tempat yang paling bahaya untuk seorang warganegara menjadi seorang Kristian. Semua amalan bukan Islam diharamkan di sana, dan tiada satu gereja tempatan yang wujud untuk 1.4 juta pengikut Yesus di sana. Tuduhan murtad biasanya disusuli oleh hukuman mati, dan semua simbol Kristian ataupun perjumpaan orang Kristian diharamkan. 

  1. Sri Lanka

Serangan ke atas tiga buah gereja dan jumlah hotel yang sama pada Hari Paskah tahun ini oleh extremis Muslim telah menyebabkan kematian seramai 253 orang, dengan 176 anak-anak kehilangan seorang atau kedua-dua ibubapa mereka. Peristiwa ini dipercayai sebagai salah satu serangan yang paling ganas ke atas gereja di Asia pada zaman moden. Pelbagai pihak juga menyatakan bahawa serangan di Sri Lanka ini adalah salah satu contoh betapa bahaya situasi boleh terjadi apabila perasaan nationalis berdasarkan agama dipupuk.

  1. Turki

Presiden Recep Tayyip Erdogan tidak tetap pendiriannya tentang kebebasan beragama. Walaupun beliau menghadiri upacara memecah tanah sebuah gereja di Istanbul (bangunan gereja baru yang pertama di Turki sejak 1923), tetapi kerajaan Turki telah menarik balik visa orang Kristian secara sistemik. Bukan itu sahaja, tetapi dengan pastor Andrew Brunson dari Amerika Syarikat dipenjarakan untuk dua tahun, kekerapan hate speech terhadap Kristian Protestan Turki semakin meningkat. Malah, orang Kristian di Syria yang tinggal di sempadan Turki-Syria mendakwa bahawa kerajaan Turki telah mensasar mereka untuk dihapuskan.