Kami mengampuni mereka
Gambar model yang bergaya di tanah perkuburan Kristian di Kluang, Johor

Baru-baru ini, satu peristiwa yang melibatkan sebuah syarikat pengantin menarik perhatian saya. Kedai pengantin tersebut mungkin ingin menguji batasan di mana kebolehan kreatif jurugambarnya mencapai tahap baru dengan adegannya yang bukan-bukan: dengan menganjurkan sesi foto pengantin di tanah perkuburan orang Kristian.

Video tersebut telah ditularkan di media sosial, di mana beberapa orang model memperagakan mereka di dalam pakaian pengantin baru Melayu yang sangat elegan dan cantik, sambil bergaya di tepi batu nisan.

Hal tersebut berlaku di Kluang, Johor, di mana seorang paderi di Gereja St. Louis, Kluang, Monsignor Peter Ng, berkata, “Gereja sedar bahawa terdapat sekumpulan orang dari luar yang mengambil peluang pada satu hari untuk menangkap gambar serta video. Saya telah berbicara dengan mereka, menasihati mereka supaya tidak memuatkan apa-apa di alam maya.”

“Kami mengampuni mereka,” adalah kata-kata penutup paderi Monsignor Peter Ng.

Pemilik kedai pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, telah pun meminta maaf kerana melampaui batas.

Sungguh hebat ajaran Tuhan Yesus kita. Walaupun orang lain memasuki tanah perkuburan orang Kristian tanpa kebenaran, dan bukan itu sahaja, tetapi boleh dikira tidak menghormati kawasan yang biasanya suram, tetapi kita tidak membalas perbuatan tersebut dengan ugutan mati, boikot, memperjuangkan hak etnik, dan demonstrasi tentang hak orang Kristian ditindas dan tidak dihormati. Apa yang murid Yesus pilih adalah tepat dengan ajaran Yesus, iaitu dengan kata-kata yang lembut dan penuh berkuasa, “Kami mengampuni mereka.”

“KAMI MENGAMPUNI MEREKA.”

Monsignor Peter NG

Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika perkara yang sama terjadi, tetapi peranan kedai pengantin serta tapak perkuburan itu diterbalikkan. Anda dan saya sudah tahu bahawa jawapannya sangat ketara, kerana seperti yang Yesus telah katakan, “Bapamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih cenderung menurut kehendak bapamu. Dari mulanya lagi, Iblis pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran. Apabila dia berdusta, dia bercakap dari sifat tabiinya sendiri, kerana dia pendusta dan bapa segala dusta” (Yohanes 8:44).

Golongan yang takut dengan tanda salib (ataupun bentuk ‘salib’ yang direka dalam minda sendiri seperti corak bumbung rumah, corak lampu di bangunan, dll), yang takut terhadap Firman Allah yang benar (dihalang daripada membaca Alkitab), menindas orang Kristian melalui cara-cara yang halus, inilah golongan yang memanggil Iblis sebagai bapa mereka.

Golongan inilah yang kita diseru untuk berdoa untuk mereka, bukan supaya Allah melaknati mereka, tidak! Kita diseru untuk mendoakan mereka supaya “…mereka yang disebut ‘Bukan Umat-Ku’ akan Kukatakan ‘Kamu umat-Ku’; lalu mereka akan menjawab ‘Engkaulah Allah kami'” (Hosea 2:23).

Puji Tuhan kerana Allah yang kita sembah adalah Allah yang benar dan berkuasa. Puji Tuhan Yesus kerana Dia adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup!