Awaslah, saudara-saudara, jangan ada dalam diri seorang pun daripadamu hati durjana yang tidak beriman lalu berpaling daripada Allah yang hidup.
Nasihatilah sesama sendiri setiap hari, selagi masih disebut “Hari ini”, jangan sampai sesiapa di antaramu menjadi keras hatinya akibat dosa yang memperdaya.
– Ibrani 3:12-13
Lebih ramai di antara manusia dilahirkan dengan sempurna? Itu adalah pekerjaan tangan-Nya. Namun bagaimana dengan mereka yang dilahirkan tidak dengan sempurna? Tanpa kaki, tangan, dengan mata yang buta atau sakit yang telah bertahun-tahun? Apakah ada yang salah sehingga mereka lahir seperti itu? Apakah Tuhan tidak adil? Apakah Tuhan tidak mengasihi mereka? Saya yakin dan percaya bahwa Tuhan juga sangat mengasihi dan adil mereka.
Tuhan datang bukan kepada orang-orang benar melainkan orang-orang yang berdosa. Kita semua adalah orang yang berdosa itu. Dia datang kepada orang-orang yang terpinggir dan dibuang oleh masyarakat. Hati-Nya tertuju pada orang-orang yang seperti ini; orang yang keadaannya cacat, berpenyakit kanser, pengamal seks bebas bahkan pelacur sekalipun dan ramai lagi. Segala kekurangan ini tidak hanya diertikan sebagai kekurangan secara lahiriah, namun ini juga berarti pada keadaan hati. Jika manusia yang memiliki kelainan upaya fizikal sahaja sangat dikasihi oleh Tuhan, apalagi seorang yang memiliki kelainan rohani. Seorang yang memiliki “kelainan rohani” boleh saja difahami dalam pelbagai cara tetapi kita boleh mengatakan bahawa seorang yang memiliki sikap berdosa sama adalah manusia yang tergolong dalam kumpulan manusia yang berkelainan rohani. Kita dituntut agar tidak sama seperti manusia lain yang hidupnya penuh dengan hawa nafsu dan dosa, kerana hidup seperti itu tidak akan pernah menikmati kesempurnaan iman dari Bapa Syurgawi. Bukan kerana Bapa Syurgawi memberikan nikmat iman yang kurang terhadap mereka, tetapi sebaliknya iaitu manusia itu sendiri yang mengeraskan hati untuk hidup bersandar penuh kepada Yesus melalui iman!
Itulah sebabnya, meskipun kelompok manusia sempurna dari segi fizikal dan mental mendakwa bahawa mereka memiliki kenikmatan duniawi, mereka juga adalah orang malang jika tidak beriman kepada Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat tunggal mereka. Mereka adalah kumpulan keras hati sehingga potensi iman yang Tuhan sudah sediakan tidak dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Orang yang berpotensi bukanlah orang-orang yang menganggap dirinya hebat, pintar, sempurna, atau kaya. Tetapi orang yang berpotensi di mata Tuhan adalah orang-orang yang menyedari bahwa hanya oleh kerana kasih kurnia Tuhan dia dapat dibenarkan dan dilayakkan. Orang-orang yang berseru kepada Tuhan agar Tuhan memulihkan dirinya (hatinya) yang ‘cacat’ itu dan mengundang Tuhan untuk mengambil sepenuhnya hidupnya, apapun yang terjadi, sekalipun dia tetap cacat secara fizik, saya percaya Kasih Tuhan besar tak terhingga bagi mereka. Kasih-Nya yang besar itu telah dinyatakanNya di kayu salib. Pekerjaan tangan-Nya tiada bercela. Keberadaan kita di dunia telah dirancang-Nya untuk maksud yang baik walaupun kita cacat secara fizikal.
Mereka yang meninggikan dirinya akan direndahkan dan mereka yang merendahkan dirinya akan ditinggikan. Sudah tahukah engkau bahwa awal mula seseorang merendahkan dirinya adalah ketika dia menemukan dirinya tidak layak, tidak mampu, berdosa, lemah dalam menentang pekerjaan iblis dan mengalami ‘cacat rohani’? Akuilah kekuasaan Tuhan yang penuh daulat pada hari ini. Selama hari ini masih ada untuk anda, jangan kita berkeras hati untuk menolak rahmat kasih-Nya. Damai yang disediakan oleh-Nya untuk anda dan saya adalah sempurna berbanding damai yang diberikan oleh kekayaan dunia. Hanya melalui jalan inilah kita dapat menyedari bahwa tanpa Tuhan, kita tidaklah bererti apa-apa. Namun puji syukur kepada Tuhan kita Yesus.
Kristus yang jalan-Nya tak terduga dan kasih-Nya yang tak terhingga, melayakkan dan membenarkan kita sehingga kita dapat bersama-sama dengan Dia suatu saat nanti, terangkat ke syurga, merayakan pesta kemenangan Raja kita dan berakhirnya pemerintahan iblis. Haleluyah!
– Jonathan Nafesy El Ram®