Semangat yang tabah dan tidak senang putus asa. Kedua-dua ciri ini adalah pengajaran yang saya amat hargai sepanjang pengembaraan mendaki Gunung Murud di Sarawak beberapa bulan yang lalu. Rombongan saya mengandungi sepuluh orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta umur: yang paling muda di dalam lingkungan 20-an, dan yang paling tua telah mencecah 60 tahun.
Dari titik permulaan sehingga Reked Meligan di mana kami akan bermalam, perjalanan tersebut biasanya mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam. Jadi, rombongan kami berpisah kerana kelajuan masing-masing berbeza. Pada pukul 1.30pm, kumpulan pertama daripada rombongan kami sampai di tapak perkhemahan dengan penuh sukacita. Setelah mengambil masa untuk berehat sambil menikmati keindahan pemandangan di situ, tenaga kami sudah dipulihkan.
Pada pukul 3.30pm, tiga lagi orang daripada rombongan kami sampai di tapak perkhemahan. Setelah memberi mereka masa untuk beriadah sejenak, kami berfikir bahawa yang tiga orang lagi tidak akan mengambil masa yang lama. Jadi sesetengah daripada kami mengambil peluang untuk mandi serta berendam di dalam air yang sejuk dan menyegarkan.
Harapan kami untuk menerima kawan-kawan kami menjadi semakin tipis apabila melihat Sang Suria menyembunyikan diri di ufuk. Pelbagai soalan membanjiri pemikiran kami. “Adakah mereka mempunyai cas yang secukupnya di dalam picit masing-masing?”, “Awan semakin gelap dan tebal: adakah hujan lebat yang menyusuli keadaan tersebut”?, “Cukupkah bekalan air mereka?” serta “Adakah mereka tercedera ataupun sesat?” adalah antara soalan yang timbul. Berkumpul sebagai sekeluarga di dalam Yesus Kristus, kami mula berdoa untuk mereka.
Jam tangan saya menunjukkan bahawa di Gunung Murud, waktu senja tiba jauh lebih awal daripada di kawasan bandar. Walaupun ia hanya pukul 6 petang, tetapi keadaan di sekeliling sudah gelap gelita. Kami terus mengambil giliran untuk menunggu di depan tapak perkhemahan, dan menggigil di dalam kesejukan kerana suhu sudah jatuh menyentuh 14 darjah Celsius. Pelbagai cara dipakai untuk memanaskan badan masing-masing, dari memakai beberapa lapis pakaian ke memegang secawan minuman yang panas dengan tangan. Kami meluangkan masa berborak dengan pendaki yang lain, sambil berdoa di dalam hati untuk perjalanan yang selamat bagi mereka yang belum sampai.
Consistency and perseverance. These are the two keywords that I carried with me throughout the ascent and descent of Mt. Murud. F and C gritted their teeth and journeyed from Lepo Bunga to Reked Meligan (church camp) step-by-step without a single word of complaint or murmuring.
Genap pukul 11 malam, kawan saya yang mengambil giliran menunggu tiga kawan itu melepaskan jeritan yang ghairah. Ahli kumpulan yang tertinggal akhirnya sampai juga, puji Tuhan! Apabila ditanya jikalau mereka kesejukan, mereka menjawab, “Tidak!”. Saya percaya bahawa ini adalah satu mukjizat di mana Tuhan memelihara mereka bertiga di sepanjang perjalanan, kerana pada waktu itu, kami yang berada di tapak perkhemahan sudah memakai jaket yang tebal untuk menangani perasaan yang amat sejuk, tetapi ketiga-tiga kawan kami masih berjalan dengan seluar dan kemeja T yang nipis. Setelah membersihkan diri serta makan malam, semua orang merangkak ke dalam beg tidur masing-masing untuk menikmati rehat yang diberkati Allah.
Puji Tuhan kerana Dia yang memberi kekuatan kepada setiap orang untuk mengatasi segala cabaran serta rintangan di dalam hidup. Kecekalan dan ketabahan hati ketiga-tiga ahli rombongan kami memang menjadi galakan kepada saya. Terima kasih Tuhan, kerana Engkau yang mengajar saya tentang kecekalan dan ketabahan melalui kehidupan kawan-kawan saya.