Renungan Bersama Si Domba Cilik

1076

Renungan Bersama Si Domba Cilik adalah sebuah buku pengembaraan sambil mempelajari Firman Tuhan yang diterbitkan oleh Wawasan Penabur untuk membantu dan mengajar kanak-kanak menghafal, menghayati, merenung dan menerapkan Firman Tuhan dalam kehidupan Kristian mereka.

Sama seperti mereka bertumbuh secara fizikal, mereka juga harus bertumbuh secara rohani di dalam Kristus Yesus.  Bagaimana mereka dapat mencapai itu?  Dengan menyisikan masa setiap hari (yang dipanggil Saat Teduh) untuk bersama-sama dengan Yesus.

Ada 30 renungan harian yang disediakan dalam buku ini.  Dan setiap renungan diilustrasikan dengan lukisan-lukisan pelbagai suku yang ada di Sabah dan Sarawak.  Kanak-kanak juga boleh belajar menjurnal apa yang mereka pelajari dari Firman Tuhan.

Doa kami adalah supaya anak-anak kita akan terus dilindungi oleh Tuhan daripada apa saja ancaman yang mengganggu-gugat iman mereka dalam Kristus.  Semoga Tuhan akan terus memberkati dan menjaga mereka.