
Bagi orang Kristian, perkara yang menakjubkan adalah bahawa Alkitab bukan sahaja menceritakan kepada pembaca tetapi juga mengundang mereka untuk menjadi sebahagian daripadanya. Perjanjian Baru – Kitab Demi Kitab ini akan menolong kita untuk menemui, memahami dan mengenali kebenaran indah yang ada di setiap halaman Alkitab. Buku ini akan membantu anda untuk:
• Mengenali isi kandungannya. Apa yang dikatakan oleh Perjanjian Baru? Perjanjian Baru – Kitab Demi Kitab akan membantu anda mengenali 27 kitab dalam Perjanjian Baru dengan lebih baik.
• Memahami kebenaran. Pengajaran Alkitab memperkenalkan kebenaran penting iman kepercayaan Kristian. Semua kajian dirancang sedemikian rupa sehingga bahan tersebut dapat digunakan untuk renungan peribadi, kajian berkumpulan atau dasar untuk berkhutbah.
• Menerapkan mesej. Alkitab akan kekal seperti buku-buku lain kecuali kebenaran-kebenaran indah di dalamnya diterapkan dan dihayati. Buku ini akan mencabar dan mendorong anda untuk menghidupkan iman anda.
Harga: RM12