Berkhutbah Untuk Kemuliaan Tuhan

532

Pendeta berpengalaman Alistair Begg memperhatikan bahawa banyak daripada apa yang dikatakan dari mimbar hari ini tidak boleh dikira sebagai berdasarkan Alkitab, memuliakan Tuhan, dan mengubah hidup. Daripada menyiapkan diet daging rohani yang mantap, para pastor secara keliru menyediakan makanan ringan yang berfokus pada diri sendiri ― yang pada akhirnya membuat jemaah kekurangan zat makanan dan tidak dibekalkan untuk berdiri teguh ketika iman mereka dicabar.

Menyedari perlunya untuk kembali ke khutbah yang alkitabiah, Begg telah menulis buku kecil yang sangat praktikal ini. Di dalamnya dia tidak hanya mendefinisikan khutbah alkitabiah (atau khutbah eksposisi), tetapi juga memberitahu bagaimana untuk melaksanakannya, menjelaskan ciri-ciri khasnya, dan menunjukkan kepentingannya dalam kehidupan gereja.

Setiap orang Kristian – pastor atau tidak – bertanggungjawab untuk mempelajari Kitab Suci dan belajar mengendalikan Firman dengan benar. Buku kecil ini membantu dalam mengetahui sejauh mana prestasi gereja seseorang di bidang ini dan menawarkan cadangan-cadangan untuk memastikan bahawa seluruh Tubuh Kristus tidak hanya diberi makan, tetapi juga dipelihara secara rohani.

Harga: RM6