Bertumbuh Dalam Doa dan Pemuridan

1581

Doa adalah salah satu bahagian yang paling penting dalam hidup kita sebagai orang Kristian. Apabila kita berbicara kepada Allah, Sahabat kita, kita menjadi semakin mengenal Dia. Keajaiban doa adalah bahawa Allah mendengarkan kita! Apabila kita berdoa, kita mula menemui seperti apakah Allah. Kita memberi respons kepada-Nya dengan cara yang benar. Kita akan terlibat dalam apa yang Dia lakukan di dunia. Dan kita boleh mendapatkan semua sumber yang Allah miliki untuk kita. Doa adalah rahsia keberkatan, kedamaian dan kekuatan!

Apa pula erti menjadi seorang murid Kristus yang sejati? Bahagian kedua buku ini mengandungi beberapa petikan terpilih untuk membantu kita melihat guru yang paling hebat dalam melahirkan murid, Tuhan Yesus Kristus sendiri. Selama lebih kurang tiga tahun
murid-murid yang pertama mengikut-Nya ke mana-mana sahaja – memerhatikan, mendengar, bertanya, bahkan mengkritik dan berdebat dengan-Nya! Mereka melakukan kesilapan, tetapi mereka terus belajar. Kita boleh mengaitkan diri dengan mereka dalam perjuangan mereka untuk memahami dan mengikuti Yesus. Kita akan bertumbuh dalam pemuridan kita sendiri di bawah-Nya.

Harga: RM6