Sebagai orang Kristian, kita diseru oleh Yesus Kristus untuk menegakkan kebenaran dalam apa keadaan jua pun. Lewat ini, laman web Fakir Ilmu menerbit sebuah artikel yang mendakwa “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF“.

Sebagai murid Yesus, kita perlu “…mengatakan perkara-perkara benar dengan hati yang penuh kasih…” (Efesus 4:15), jadi ini adalah pematahan hujah-hujah kepada artikel tersebut. Semoga Tuhan Yesus membuka mata kalian untuk mengetahui kebenaran dan berjalan di dalam terang.

Mari kita selidik dengan lebih mendalam lagi untuk membongkar omong-omong kosong yang dipersembahkan oleh pihak yang ketandusan ilmu.

Unicef dalam laporan yang baru dikeluarkan melaporkan bahawa terdapat 115 juta kanak – kanak lelaki yang berkahwin bawah umur di serata dunia.

Kajian tersebut mendapati amalan kahwin bawah umur dalam kalangan lelaki meliputi benua Afrika sub–Sahara, Amerika Latin dan Caribbean, Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik.

Tiga negara yang paling banyak mencatatkan perkahwinan bawah umur adalah Central African Republic (28%), Nicaragua (19%) dan Madagascar (13%).

Dari segi populasi agama, ketiga – ketiga negara tersebut adalah majoriti besar beragama Kristian dengan Central African Republic miliki 89% populasi Kristian, Nicaragua 85% dan Madagascar 85% menurut data Pew.

Unicef dalam laporan tersebut turut menyenaraikan 11 negara paling banyak statistik perkahwinan lelaki bawah umur dengan peratus melebihi 10 peratus..

Dari segi pecahan menurut demografi agama, negara majoriti Kristian mendominasi senarai dengan 7 negara, diikuti Buddha (2), Hindu (1), dan Islam (1).

Senarai pecahan adalah seperti berikut:

Negara majoriti Kristian – Central African Republic, Nicaragua, Madagascar, Nauru, Honduras, Marshall Islands, dan Cuba

Negara majoriti Buddha – Lao PDR, Thailand

Negara majoriti Hindu – Nepal

Negara majoriti Islam – Comoros

Benua Afrika Sub Sahara mencatatkan statistik paling banyak perkahwinan bawah umur, diikuti oleh Asia Selatan dan Amerika Latin.

Selepas membaca bahasa yang berjela-jela tersebut, apakah inti yang Fakir Ilmu ingin sampaikan? Senang sahaja, dia ingin menyebarkan fitnah dengan tajuk yang menyeleweng dari kebenaran. Mari kita bersama-sama melihat sumber maklumat dengan objektif.

Kantoi #1: Pengulasan yang salah

Tajuk sebenar artikel yang dipetik adalah “Around 23 million boys have married before reaching 15; ‘we can end this violation’ says UNICEF chief” yang diterjemahkan dengan betul kepada “Kira-kira 23 juta budak lelaki berkahwin sebelum umur 15 tahun; ‘kita boleh mengakhiri pencabulan ini’ kata ketua UNICEF”.

Saya mempunyai soalan. Biasanya pertikaian tentang perkahwinan bawah umur melibatkan perempuan yang bawah umur, terutamanya mereka yang masih belum baligh (contohnya anak perempuan yang belum cukup matang dari segi fizikal dan mental untuk mengetahui apa itu perkahwinan serta tanggungjawab yang berkaitan). Tetapi artikel UNICEF tersebut melibatkan perkahwinan bawah umur budak lelaki.

Adakah Fakir Ilmu pasti SEMUA budak lelaki tersebut berkahwin dengan budak perempuan yang umurnya sebaya ataupun lebih muda daripada mereka? Sebagai pihak yang murah hati dan sangka baik terhadap Fakir Ilmu, kita andaikan bahawa SEMUA budak lelaki tersebut mengahwini budak perempuan yang bawah umur juga. Ini barulah adil, kan?

Kantoi #2: Analisa statistik yang salah

Adakah data yang disampaikan menunjukkan bahawa “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur” seperti yang didakwa oleh Fakir Ilmu?

Mari kita lihat senarai negara yang dilampirkan di mana majoriti penduduknya beragama Kristian. Central African Republic CAR), Nicaragua, Madagascar, Nauru, Honduras, Marshall Islands, dan Cuba. 7 daripada 10 negara di mana peratus lelaki di antara umur 20 ke 24 tahun yang berkahwin sebelum mereka mencecah 18 tahun. Statistik ini berdasarkan 10 negara di mana jumlah perkahwinan bawah umur melebihi 10% berlaku dengan berleluasa.

Kalau seseorang mengambil kira jumlah populasi perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur dari senarai artikel UNICEF, ini adalah hasil kajiannya. Ingat, perempuan bawah umur ini berkahwin dengan lelaki bawah umur seperti yang Fakir Ilmu andaikan. Jumlah populasi dipetik daripada analisis penganut agama pada tahun 2020.

Central African Republic162,000

Nicaragua118,000

Madagascar470,000

Nauru5,000

Perhatikan bahawa data tidak lengkap untuk Nauru, tetapi kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 27%. Kami orang yang sangat murah hati, dan memberi Fakir Ilmu kelebihan dengan andaian 100%. Memandangkan jumlah populasi Nauru adalah 10,000 orang menjelang tahun 2020, 5,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 5,000 lelaki bawah umur (jumlah 10,000 orang).

Honduras1,351,500

Data juga tidak lengkap untuk Honduras yang dijangka mempunyai 7,950,000 orang Kristian menjelang tahun 2020. Andaikan setengah daripada mereka adalah perempuan, dan kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 34%. Dengan murah hati dan sangka baik sekali lagi, jumlah perempuan di bawah umur 18 tahun yang berkahwin adalah 1,351,500. Sebenarnya, jumlah sebenar jauh lebih kurang kerana jumlah populasi perempuan dari umur 0 tahun ke 24 tahun di Honduras hanya 2,386,787. Kalau mengikut formula yang sama, hanya 811,508 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun. Tetapi kita orang yang murah hati sepertimana diajar Yesus.

Marshall Islands25,000

Sama seperti Nauru, data tidak lengkap untuk Marshall Islands, tetapi kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 26%. Sekali lagi kita memberi peluang kepada Fakir Ilmu dengan andaian 100%. Memandangkan jumlah populasi Mashall Islands adalah 50,000 orang menjelang tahun 2020, 25,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 25,000 lelaki bawah umur (jumlah 50,000 orang). Bagus tidak kalau tinggal di sana, tiada sesiapa pun yang berumur lebih daripada 18 tahun apabila kita bermurah hati sangat terhadap golongan seperti Fakir Ilmu.

Cuba859,300

Cuba dijangka mempunyai 6,610,000 orang Kristian menjelang tahun 2020. Andaikan setengah daripada mereka adalah perempuan, dan kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 26%. Dengan murah hati dan sangka baik sekali lagi, jumlah perempuan di bawah umur 18 tahun yang berkahwin adalah 3,305,000. Sebenarnya, jumlah sebenar jauh lebih kurang kerana jumlah populasi perempuan dari umur 0 tahun ke 24 tahun di Cuba hanya 1,551,922. Kalau mengikut formula yang sama seperti Honduras, hanya 403,500 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun. Tetapi kita orang yang murah hati sepertimana Yesus mengajar.

Jadi, berapa jumlah orang Kristian yang berkahwin di negara yang majoritinya orang Kristian? 2,990,800 orang. Tidak apa, kita bulatkan kepada 3 juta orang.  Murah hati betul, kan? Ingat, ini adalah senarai negara di mana perkahwinan budak lelaki di bawah umur 18 paling kerap berlaku dengan andaian mereka berkahwin dengan budak perempuan yang juga kurang daripada 18 tahun mengikut pemikiran Fakir Ilmu.

Justeru itu, adakah Fakir Ilmu betul dengan tuduhan melulu bahawah “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF“? Mari kita bandingkan dengan HANYA SEBUAH NEGARA lain yang melibatkan perkahwinan perempuan di bawah umur 18 tahun.

Bangladesh3,567,934

Bangladesh dijangka mempunyai 153,010,000 orang Muslim menjelang tahun 2020, iaitu 90% daripada populasi negara. Memandangkan 3,931,000 budak perempuan terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun, 90% daripada jumlah tersebut adalah 3,567,934 orang.

Saudara-saudari yang disayangi Tuhan, hanya negara Bangladesh sahaja sudah melibatkan jumlah perkahwinan perempuan Muslim bawah umur 18 tahun yang mencecah jumlah 7 negara melibatkan perkahwinan budak lelaki di bawah umur 18 tahun di mana majoriti penduduknya adalah orang Kristian yang “paling banyak statistik kahwin bawah umur” (mengikut Fakir Ilmu). Kita masih belum ambil kira negara India, Pakistan dan Indonesia (kalau kalian ingin tahu, jumlah untuk tiga negara tersebut melebihi 7 juta orang perempuan Muslim yang kahwin di bawah umur 18 tahun).

Kesimpulan

Fakir Ilmu kekurangan dari segi pengetahuan, pemahaman serta kemahiran ilmu hisab. Statistik yang dipaparkan di atas jelas nyata menunjukkan bahawa dakwaan “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF” adalah salah dari pelbagai aspek serta mengandungi unsur-unsur fitnah.

Sebagai wargamaya, kita perlu menyelidik apa yang dibaca untuk mencari kebenaran. Ini konsep yang dipakai oleh orang Berea, di mana mereka “…mengkaji Alkitab untuk mengetahui sama ada ajaran Paulus itu benar” (Kisah Rasul-Rasul 17:1). Sama seperti artikel-artikel yang diterbit: adakah artikel tersebut menyampaikan fakta atau auta?

Semoga Tuhan berkati kalian.