Gereja Yesus Kristus mampu bertahan untuk lebih daripada 2,000 tahun berasaskan kebenaran Allah walaupun terpaksa menghadapi banyak rintangan, halangan, fitnah serta penganiayaan terhadapnya.
Antara salah satu tuduhan yang dilemparkan ke arah orang Kristian adalah pihak gereja merahsiakan Injill Barnabas. Terdapat juga dakwaan bahawa Injil Barnabas akan mendedahkan nubuatan daripada Yesus sendiri tentang nabi yang akan datang selepas-Nya. Jadi apakah itu Injil Barnabas serta kandungannya?
Kita yang dikurniai akal serta daya pemikiran oleh Allah patut memuliakan-Nya dengan mengikuti petua yang disampaikan dalam 1 Yohanes 4:1-4, “Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu telah menjelajah ke seluruh dunia. Untuk memastikan sama ada roh itu Roh Allah, inilah caranya: Jika roh itu mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia, maka roh itu datang daripada Allah. Tetapi jika roh itu menolak hakikat tentang Yesus ini, nyatalah roh itu bukan daripada Allah tetapi daripada dajal, penentang Kristus. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan muncul. Sekarang roh itu sudah pun ada di dunia ini. Namun demikian, anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu telah menewaskan nabi-nabi palsu itu, kerana roh yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh yang ada di dalam dunia.”
Injil Barnabas dan Surat Barnabas
Terdapat dua kitab yang menggunakan nama yang sama: Barnabas. Kitab-kitab tersebut adalah Injil Barnabas dan Surat Barnabas. Kedua-dua kitab tersebut jauh berbeza. Injil Barnabas adalah kitab pilihan yang diporak-perandakan oleh mereka yang cuba mencemarkan agama Kristian dengan fitnah, manakala Surat Barnabas adalah salah satu buku Kristian kuno yang mengandungi ajaran tentang ketuhanan, kematian dan kebangkitan Yesus dari maut. Surat Barnabas berlandaskan alkitabiah dan boleh dibaca di sini.
Perbezaan di antara kedua-dua kitab ini perlu difahami kerana ada juga mereka yang terkeliru bahawa Surat Barnabas dan Injil Barnabas adalah dokumen yang sama. Itu tidak benar, mereka adalah dua buah kitab yang jauh berbeza!
Injil Barnabas Dan Tahun 1 Masihi
Injil Barnabas biasanya dipromosikan sebagai salah satu injil asli yang ditulis oleh Barnabas. Golongan ini mendakwa bahawa Barnabas ini adalah salah seorang murid Yesus. Yakni, dakwaan mereka adalah Injil Barnabas ditulis oleh seorang lelaki Yahudi pada tahun 1 Masihi yang pernah melayan bersama-sama Yesus. Jika ‘Barnabas’ ini adalah penulis yang sebenar, dia sepatutnya fasih dengan fakta-fakta asas corak kehidupan Yahudi pada zaman itu. Marilah pertimbangkan kandungan Injil Barnabas untuk memastikan jika ia satu kitab yang sejati.
- Kristus. Perkataan Kristus adalah penterjemahan Yunani untuk perkataan Mesias dalam bahasa Ibrani. Apabila diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris, kedua-dua perkataan ini bermaksud ‘Dia Yang Dipilih’ ataupun ‘Dia Yang Ditahbiskan’. Perkataan ini tidak jarang dipakai,di sebaliknya, ia adalah salah satu perkataan yang paling kerap digunakan di dalam agama Yahudi dan Kristian. Tidak dapat dinafikan bahawa seorang Yahudi yang alim seperti Barnabas biasa menggunakan perkataan tersebut.
Di permulaan Injil Barnabas, Yesus dikenali sebagai Kristus: Allah telah mengutus nabi-Nya, Yesus Kristus (ms. 2). Namun demikian, keseluruhan Injil Barnabas menafikan bahawa Yesus itu Mesias. Contoh: Yesus mengakui dan menyatakan kebenaran, “Aku itu bukan Mesias” (bab 42). Bagaimanakah Yesus boleh digelar sebagai Kristus tetapi menafikan Diri sebagai Mesias, sedangkan kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama? Sesiapa yang menulis kitab ini tidak tahu maksud perkataan ‘Kristus’ di dalam bahasa Yunani adalah Mesias. Barnabas sebagai seorang Ibrani yang tinggal di kepulauan Siprus, di mana penghuni di sana bertutur dalam bahasa Yunani dan menjelajahi ke tempat-tempat lain yang berbahasa Yunani pada tahun 1 Masihi. Dia berbangsa Ibrani dan menguasai bahasa Yunani, jadi tidak mungkin dia melakukan kesalahan asas seperti ini.
- Para pemerintah pada tahun 1 Masihi. Di dalam bab 3, pembaca diberitahu bahawa kedua-dua Herod dan Pilate memerintah kawasan Judea sewaktu Yesus dilahirkan. Herod memerintah kawasan Judea pada waktu tersebut mengikut perlantikan daripada Kaisar Augustus, sementara Pilate itu gabenor. Ini bercanggahan dengan fakta sejarah kerana Herod dan Pilate tidak pernah memerintah kawasan Judea pada waktu yang sama. Herod sendiri memerintah Judea dari 37 S.M ke 4 Masihi, manakala Pilate memerintah tiga puluh tahun kemudian dari 26 ke 36 Masihi. Barnabas hidup di bawah pemerintahan Pilate, jadi jika dia adalah penulis Injil Barnabas, mustahil dia melakukan kesalahan sebegini.
- Geografi. Di dalam bab 20-21 kitab ini, kita diberitahu bahawa Yesus sedang melayari ke Nazaret dan dialu-alukan oleh penghuni bandar tersebut. Selepas itu, dia meninggalkan Nazaret untuk melawati Kapernaum:
Yesus melayari Tasik Galilea, dan selepas itu berangkat ke arah Nazaret, tempat di mana Dia membesar…Setelah sampai di bandar Nazaret, mereka yang bersama-sama Yesus di perahu menjelajahi bandar tersebut sambil menyebarkan berita tentang semua yang Yesus lakukan…kemudian Yesus berangkat ke Kapernaum (bab 20-21).
Terdapat satu kesalahan yang besar di dalam laporan tersebut. Nazaret bukan satu perkampungan nelayan, malah ia terletak kira-kira 14km dari Tasik Galilea di kawasan yang bergunung-ganang. Kapernaum adalah perkampungan nelayan di mana Yesus bersama-sama murid-Nya melawat, dan bukan Nazaret. Nazaret dan Kapernaum adalah dua buah bandar di mana Yesus serta murid-murid-Nya melawat dengan kerap, jadi murid Yesus yang sebenar kenal akan kedua-dua bandar tersebut. Namun demikian, penulis Injil Barnabas tidak tahu fakta asas seperti ini! Ini membangkitkan perasaan ragu-ragu atas dakwaan bahawa penulis Injil Barnabas adalah murid Yesus, serta membiarkan kita berasa syak wasangka terhadap dakwaan bahawa dia pernah tinggal di kawasan tersebut.
Kesimpulan: Injil Barnabas mengandungi pelbagai kesalahan dari segi fakta-fakta asas termasuk penggunaan bahasa, sejarah dan geografi mengenai dunia Yahudi pada tahun 1 Masihi. Kesalahan-kesalahan begini jelas menunjukkan bahawa Injil Barnabas tidak ditulis oleh Barnabas yang sebenar pada tahun 1 Masihi.
Injil Barnabas Dan Agama Lain
Injil Barnabas mengandungi banyak ajaran yang menyokong pendirian agama lain. Inilah salah satu sebab bahawa penganut agama lain menggunakan Injil Barnabas untuk menafikan keilahian Yesus. Namun demikian, terdapat beberapa tempat di mana ia bercanggah dengan ajaran agama lain seperti berikut:
- Mesias. Terdapat kitab suci agama lain yang mengajar bahawa Yesus itu Mesias. Di dalam Injil Barnabas, Yesus dinafikan sebagai Mesias.
- Isteri. Konsep perkahwinan di dalam agama lain melibatkan persekutuan di antara seorang perempuan dengan seorang lelaki, tetapi seorang lelaki tidak dihadkan kepada seorang perempuan sahaja. Lelaki agama lain boleh mengahwini lebih daripada seorang isteri dan juga memperoleh sebanyak mana hamba perempuan yang dia mampu. Namun demikian, Injil Barnabas mengajar konsep perkahwinan seperti yang terkandung di dalam Alkitab: di mana perkahwinan terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan tiada seorang pun yang lebih berkuasa atau berpengaruh di dalam perkahwinan tersebut kerana suami isteri itu sama.
Jadi, biarlah suami bersyukur dengan isterinya yang Sang Pencipta telah memberkatinya, dan biar dia lupakan perempuan-perempuan yang lain (bab 115).
- Kelahiran Yesus. Memang masuk akal bahawa Miriam mengalami kesakitan sewaktu Yesus dilahirkan.
Injil Barnabas mengandungi pengajaran yang bertentangan: Anak dara diselubungi cahaya yang sangat terang, dan melahirkan anaknya tanpa kesakitan (bab 3).
- Syurga. Agama lain, termasuk mereka yang pagan seperti suku-suku Bumiputra di Borneo, mengajar bahawa terdapat 7 jenis/lapisan/tingkat syurga. Ini bercanggahan dengan Injil Barnabas yang mengajar bahawa terdapat 9 jenis/lapisan/tingkat syurga:
Syurga itu ada sembilan, di mana antara mereka terdapat planet-planet, dan jarak perjalanan antara setiap tingkat/lapisan akan mengambil masa 500 tahun untuk seorang manusia (bab 178).
Ini menunjukkan bahawa seseorang yang waras dalam pemikiran tidak akan memetik ayat-ayat dari sesuatu teks untuk menyokong pendirian mereka sambil menolak kandungan yang lain dari sumber yang sama kerana ia bercanggah dengan kepercayaan mereka. Namun demikian, terdapat golongan pendakwah agama lain yang menggunakan cara “cherry picking” (memetik ayat yang sesuai dengan pendirian mereka sambil menolak yang lain) dari Injil Barnabas sewaktu berbicara orang Kristian. Mungkin hati nurani mereka sudah mati seperti yang Alkitab nyatakan, “…hati nuraninya bagaikan diselar besi panas” (1 Timotius 4:2). Kita perlu berdoa untuk golongan tersebut supaya mata rohani mereka terbuka dan mereka tidak lagi diperdaya oleh Iblis.
Injil Barnabas Dan Abad Ke-14
Terdapat bukti yang mengaitkan Injil Barnabas kepada abad ke-14 Masihi.
- Tahun Jubli. Tahun Jubli adalah perayaan yang diarahkan oleh Allah untuk diraikan sekali setiap 50 tahun di dalam Torah.
Hendaklah kamu menjadikan tahun kelima puluh itu suci dengan mengisytiharkan kebebasan bagi seluruh penduduk di setiap ceruk rantau negeri. Tahun itu Tahun Jubli bagimu. Hendaklah masing-masing kembali ke tanah miliknya dan kembali kepada kaumnya. Hendaklah tahun kelima puluh itu menjadi Tahun Pembebasan bagimu. Jangan semai, jangan tuai apa-apa yang tumbuh dengan sendiri, dan jangan petik buah daripada pohon anggur yang tidak dipangkas. (Imamat 25:10-11)
Pada tahun 1300 Masihi, Paus Boniface VIII mengisytiharkan bahawa Tahun Jubli harus diraikan oleh umat Kristian setiap seratus tahun dan bukan 50 tahun, tetapi ini tidak betul mengikut Alkitab. Namun demikian, Paus yang seterusnya, Clement VI, menukar jadual perayaan kepada yang asal, jadi ia diraikan pada tahun 1350 Masihi. Jadi, mengikuti sejarah gereja, umat Kristian untuk 50 tahun berfikir bahawa Tahun Jubli diraikan setiap 100 tahun. Penulis Injil Barnabas secara tidak langsung menerima pengisytiharan palsu Paus Boniface VIII dan menyelitkan hal ini di dalam bukunya. Di dalam Injil Barnabas, Yesus ‘berkata’:
Tahun Jubli yang diraikan sekali setiap 100 tahun, adakah waktu perayaan bertukar menjadi lebih kerap lagi di merata tempat (bab 82).
Terdapat bukti lain yang menunjukkan bahawa Injil Barnabas ditulis pada abad ke-14 Masihi.
- Syurga Dante. Dante seorang penyajak yang terkenal pada abad ke-14 Masihi, dan popularitinya bersambung walaupun dia telah mati. Antara penulisan Dante adalah buku puisi yang bertajuk “The Divine Comedy”. Di dalam buku tersebut, Dante memberi keterangan tentang pengembaraan ke syurga, di mana dia perlu melalui 9 lapisan/tingkat, di mana Syurga terletak di lapisan/tingkat ke-10.
Penulis Injil Barnabas memberi keterangan yang sama seperti Dante, iaitu terdapat 9 lapisan/tingkat sebelum Syurga.
Syurga terlalu besar sehingga ia tidak dapat diukur. Saya berkata kepada semua bahawa terdapat 9 tingkat, di mana planet-planet terletak, dan jarak dari satu lapisan/tingkat kepada yang lain akan mengambil masa perjalanan sebanyak 500 tahun untuk seorang manusia…dan saya menyatakan bahawa Syurga itu jauh lebih agung daripada bumi dan langit (bab 178).
Nampaknya bahawa penulis Injil Barnabas mungkin telah mengambil idea bahawa terdapat 9 tingkat/lapisan sebelum Syurga daripada Dante.
- Bukti naskhah. Bukti naskhah untuk buku ini berasal daripada detik selepas abad ke-14 Masihi. Salinan yang tertua ditulis dalam bahasa Itali dan Sepanyol, dan ditulis seawal-awalnya pada abad ke-15 Masihi.
Bilakah Injil Barnabas Ditulis?
Kita sudah menubuhkan beberapa kesimpulan: bahawa penulis Injil Barnabas tidak fasih dengan bahasa, sejarah dan geografi pada zaman Yesus. Dia juga menyelitkan beberapa idea yang popular pada abad ke-14 Masihi, malah bukti naskhah bermula dari abad ke-15 Masihi. Jadi, ia memang munasabah jikalau landasan pemikiran seseorang membuat kesimpulan bahawa Injil Barnabas yang terawal ditulis pada abad ke-14 Masihi, dan bukan pada abad pertama Masihi oleh murid Yesus.
Terdapat cendekiawan agama lain seperti Cyril Glassé bersetuju dengan kesimpulan tersebut. “Mengenai ‘Injil Barnabas’, tidak dapat dinafikan bahawa ia sesuatu pemalsuan…ia mengandungi anakronisme yang boleh dikesan sehingga Zaman Pertengahan dan tidak lebih awal daripada itu. Ia juga mempamerkan ketidakfahaman terhadap doktrin [agama lain]…selain daripada itu, ia adalah parodi Injil yang tidak memuaskan…”
Tiada salinan Injil Barnabas di dalam Naskhah Laut Mati. Kandungan Naskhah Laut Mati telah lama wujud dan sesiapapun boleh belajar kandungan Naskhah Laut Mati untuk diri sendiri melalui perpustakaan ataupun membaca buku tentangnya. Anda akan menemui bahawa tiada apa-apapun kandungan Injil Barnabas yang boleh dijumpai di dalam Naskhah Laut Mati. Jangan diperdaya oleh golongan yang ingin menyesatkan orang ramai dengan memuatkan gambar Naskhah Laut Mati dengan tajuk “Injil Barnabas” untuk memberi gambaran bahawa Injil Barnabas itu sesuatu dokumen yang kuno ataupun sezaman.
Di dalam banyak edisi moden Injil Barnabas, terdapat kata pengantar ataupun apendiks yang menyatakan, “Bagaimana Injil Barnabas Diturunkan Sampai Hari Ini.” Ini adalah versi Rahim yang telah dipendekkan. Marilah kita meneliti apa yang telah diutarakan.
Rahim menulis:
Injil Barnabas diterima sebagai Injil yang tulen oleh gereja-gereja di Alexandria sehingga tahun 325 Masihi.
Walaupun Rahim membuat dakwaan tersebut, tetapi dia tidak pernah mengemukakan satu bukti atau fakta pun. Sehingga terdapat bukti yang kukuh, ini adalah dakwaan yang tidak berasas.
Rahim teruskan:
Ia sudah dikenali bahawa Injil Barnabas telah diedarkan pada abad pertama dan kedua selepas kelahiran Yesus berdasarkan tulisan irenaeus (130-200 Masihi). irenaeus mempunyai penulisan yang menyokong pendirian “Divine Unity”. Dia menentang Rasul Paulus dengan tuduhan Paulus menyatukan ajaran pagan orang Roma serta falsafah Plato dengan ajaran Yesus. Dia memetik banyak ayat daripada Injil Barnabas untuk menyokong pendiriannya.
Sekali lagi, kita memerhati bahawa Rahim membuat dakwaan tanpa mengemukakan sebarang bukti yang dapat menyokong pendiriannya. Dia mendakwa bahawa ahli teologi gereja awal, irenaeus, memetik ayat dari Injil Barnabas untuk menentang Rasul Paulus. Setelah melakukan siasatan, dakwaan ini didapati palsu. Hasil penulisan irenaeus senang dicari, dan dia tidak pernah memetik ayat daripada Injil Barnabas langsung. Ini adalah sebab mengapa Rahim tidak mampu membuat sebarang rujukan kepada penulisan irenaeus tentang ayat-ayat yang dipetik dari Injil Barnabas. Di sebaliknya, irenaeus menyokong tulisan Rasul Paulus dan memakai ayat-ayat daripada surat-surat Paulus sebagai sumber yang berwibawa. Pertimbangkan apa yang ditulis oleh irenaeus:
Allah pada awalnya menceritakan penciptaan alam semesta melalui ayat ini: “Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi” (Kejadian 1:1) diikuti oleh yang lain; tetapi allah ataupun malaikat lain tidak memainkan apa-apa peranan di dalam kerja penciptaan. Inilah Allah, Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus, di mana Rasul Paulus juga mengisytiharkan, terdapat “satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian” (Efesus 4:6). Saya telah membuktikan bahawa Allah itu esa, saya juga akan menunjukkan hal ini diajar oleh rasul-rasul juga, dan daripada perbualan Tuhan Yesus. (dari buku Irenaeus Against Heresies).
Rahim teruskan:
Pada tahun 325 Masihi, Majlis nicaea ditubuhkan. Doktrin Triniti diisytiharkan sebagai doktrin utama gereja Paulus, dan salah satu daripada akibat tersebut adalah kira-kira tiga ratus Injil yang wujud pada masa itu, hanya 4 yang dipilih sebagai Injil yang sah. Injil-injil lain, seperti Injil Barnabas, harus dihapuskan dengan lengkap. Majlis Nicaea juga membuat keputusan untuk menghapuskan semua injil-injil lain yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Edik juga dikeluarkan bahawa sesiapa yang didapati menyimpan injil yang tidak sah akan dijatuhkan hukuman mati.
Dakwaan ini adalah palsu. Edik yang dikeluarkan oleh Majlis Nicaea boleh dibaca oleh sesiapapun, dan jika anda masih berasa ragu-ragu, anda digalakkan membacanya. Terdapat 20 edik yang diutus oleh Majlis Nicaea. Tiada satu pun berkait dengan pemilihan ataupun penolakan Injil. Tiada juga edik yang berkait dengan menjatuhkan hukuman bunuh atas sesiapa yang menyimpan injil yang tidak sah. Penyelidikan Rahim sangat tidak memuaskan, dan nampaknya dia suka mencipta bukti-bukti sendiri.
Rahim teruskan:
Manakala, banyak yang tahu bahawa Paus telah menerima salinan Injil Barnabas pada 383 Masihi dan menyimpannya di dalam perpustakaan peribadinya.
Sekali lagi, Rahim tidak dapat mengemukakan bukti yang sangat serius ini. Dia seorang yang tidak bertanggungjawab sebagai penulis kerana tidak melakukan penyelidikan yang sewajarnya.
Rahim teruskan:
Pada tahun keempat pemerintahan Maharaja Zeno pada 478 Masihi, mayat Barnabas dijumpai dengan salinan Injil Barnabas yang mengandungi tulisan tangan Barnabas sendiri berada di sisi mayatnya. Hal ini dinyatakan dalam Acta Sanctorum, Boland Junii, Tome II, mukasurat 422-450, dan diterbitkan di Antwerp pada 1698.
Apabila dakwaan ini disiasat dengan lebih lanjut, didapati bahawa ia palsu. Acta Sanctorum (Kisah Para Santa) boleh didapati dari perpustakaan digital di Internet. Tidak mengejutkan bahawa apa yang Acta Sanctorum menyatakan bercanggah dengan dakwaan Rahim:
Peninggalan Barnabas dijumpai di Siprus di bawah pokok ceri, dan bersama-sama mayatnya adalah salinan Injil Matius yang dipercayai ditulis oleh Barnabas sendiri (Acta Sanctorum, Jun II, mukasurat 422)
Pembohongan Rahim didedahkan sekali lagi, kerana cerita Barnabas di dalam Acta Sanctorum menyatakan bahawa Injil Matius yang dijumpai bersama mayat Barnabas, dan bukan Injil Barnabas.
Di dalam penulisan Rahim, bahagian pengenalan Injil Barnabas mengandungi dakwaan yang jauh lebih tidak munasabah:
Alkitab Vulgate yang terkenal nampaknya berasaskan Injil (Barnabas).
Sekali lagi, ini adalah fitnah dan khayalan semata-mata. Alkitab Vulgate merupakan penterjemahan awal Alkitab yang sangat terkenal dalam bahasa Latin. Ia diterjemahkan oleh Jerome pada tahun 4 Masihi, dan digunakan oleh Gereja Katolik sebagai Alkitab rasmi sejak waktu itu. Alkitab Vulgate tidak mengandungi Injil Barnabas, malah ia tidak berdasarkan Injil Barnabas. Jerome bergantung kepada kitab-kitab dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang ditulis di dalam bahasa asal masing-masing, iaitu Ibrani dan Yunani, untuk kerja penterjemahannya.
Rahim juga mempertimbangkan tiga dokumen gereja yang rasmi. Dokumen-dokumen tersebut merupakan katalog yang membezakan antara tulisan yang dianggap sebagai Firman Tuhan atau tidak. Rahim menulis:
Mengikut Dekri Glasian pada tahun 496 Masihi, Evangelium Barnabe termasuk di dalam senarai buku-buku yang telah diharamkan…
Barnabas juga disebut di dalam Stichometry of Nicephorus seperti berikut:
Siri No. 3, Surat Barnabas … Baris 1, 300.
Dan sekali lagi di dalam senarai 60 Buku:
Siri No. 17. Pengembaraan dan ajaran Rasul-Rasul
Siri No. 18. Surat Barnabas
Siri No. 24. Injil Barnabas
Di dalam hal ini, Rahim menggunakan sumber-sumber tersebut dengan betul dengan rujukan kepada Injil dan Gospel Barnabas. Namun demikian, bukti yang kukuh diperlukan untuk menubuhkan premis bahawa Injil Barnabas yang disebut di dalam dokumen-dokumen tersebut adalah kitab yang sama yang diporak-perandakan oleh mereka yang cuba menentang agama Kristian hari ini. Terdapat beberapa faktor yang nyata di mana kita tidak boleh membuat andaian bahawa Injil Barnabas yang disebut pada hari ini adalah sama dengan Injil Barnabas seperti yang dinyatakan di dalam sumber-sumber tersebut.
Pertama, kita sudah tahu bahawa terdapat bukti yang kukuh bahawa Injil Barnabas yang moden dikarang pada abad ke-14 Masihi, dan tarikh tersebut diterima oleh sekumpulan cendekiawan yang bukan Kristian juga.
Kedua, terdapat bukti yang berkaitan dari Surat Barnabas. Surat Barnabas dipaparkan di dalam senarai tersebut bersama Injil Barnabas. Kedua-duanya berkait dengan Barnabas, dan dicatat dalam satu senarai secara serentak. Untuk sebab-sebab ini, Surat Barnabas memberi kita bukti yang paling kukuh mengenai ciri-ciri Injil Barnabas yang disenaraikan serentak. Pada tahun 1859, satu salinan Surat Barnabas yang berasal dari abad ke-4 Masihi ditemui.
Jadi, apa yang Surat Barnabas paparkan? Jika ia mengesahkan ajaran Injil Barnabas versi zaman moden yang diporak-perandakan, ini akan menjadi bukti yang kukuh bahawa Injil Barnabas adalah setaraf dengan Injil yang disenaraikan. Di sebaliknya, Surat Barnabas adalah dokumen yang menyokong pendirian dan ajaran Kristian serta kukuh dari segi alkitabiah, walaupun ia tidak dikira sebagai sebahagian daripada Perjanjian Baru. Ia mengajar tentang kematian Yesus di atas kayu salib untuk menebus dosa-dosa umat manusia, kebangkitan Tuhan Yesus dari maut, dan keilahian-Nya.
Dari Surat Barnabas: “Untuk hal ini, Tuhan (Yesus) memberi badan-Nya sebagai satu korban, supaya dosa kita diampunkan, dan ini ditekankan melalui darah Yesus yang suci.” (Surat Barnabas, bab 5)
Jadi, bukti yang dikemukakan ini dari Surat Barnabas memberi cadangan bahawa Injil Barnabas yang dirujuk adalah satu dokumen Kristian yang mengajar tentang kematian, kebangkitan semula dan ketuhanan Yesus. Ia bukan kitab yang sama seperti yang diutarakan oleh pihak yang cuba memburukkan agama Kristian.
Seterusnya, Rahim merujuk kepada satu cebisan tulisan Yunani:
Terdapat satu cebisan daripada Injil Barnabas yang telah dibakar yang disimpan di dalam sebuah muzium di Athens.
Masalah dengan cebisan ini adalah tulisan Yunani tersebut bukan teks daripada Injil Barnabas! Ini adalah penterjemahan daripada cebisan tersebut.
Rasul Barnabas menyatakan bahawa di antara dua pihak jahat yang berkelahi, pemenang berada di dalam keadaan yang jauh lebih teruk kerana dosanya lebih besar.
Ayat tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan Injil Barnabas, kerana cebisan itu berasal daripada buku yang lain. Jadi, tulisan yang berada di atas cebisan itu tidak menunjukkan sebarang bukti tambahan untuk mengukuhkan kes Rahim. Malah, ia mendedahkan kelemahan di dalam kesarjanaan Rahim.
Kesimpulan. Tiada bukti bahawa Injil Barnabas yang seringkali diutarakan oleh bukan Kristian adalah dokumen yang kuno. Jadi, Injil Barnabas yang dirujuk oleh pihak bukan Kristian adalah dokumen yang ditulis pada abad ke-14 Masihi.
Apakah Tujuan Injil Barnabas Ditulis?
Mengapakah seseorang cuba menulis sebuah buku pada abad ke-14 Masihi dan berpura-pura menyamar sebagai Barnabas yang hidup pada abad pertama Masihi? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu pertimbangkan apakah objektif penulis Injil Barnabas, dan apa yang dia ingin sampaikan kepada para pembaca? Jika kita boleh memahami intipati mesejnya, kita dapat memahami sebab-sebab yang mendorong penulis Injil Barnabas untuk melakukan demikian. Jadi, apakah ajaran yang terkandung di dalam Injil Barnabas?
Tajuk utama di dalam Injil Barnabas menyentuh kehidupan Yesus. Ia menceritakan banyak peristiwa tentang Yesus seperti yang dijumpai dalam kitab-kitab Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Namun demikian, terdapat perubahan di dalam cerita-cerita tersebut. Perubahan yang dilakukan bukan secara rambang, tetapi mengikuti satu corak yang jelas. Terdapat perubahan yang dilakukan supaya pengajaran di dalam Injil Barnabas (yang ditulis pada abad ke-14 Masihi) lebih cenderung kepada kepercayaan tentang Yesus di dalam pemikiran budaya yang lain (bukan Allah, hanya sekadar seorang nabi, guru moral yang bagus, dll). Cuba perhatikan:
Anak Allah. Di dalam Alkitab, gelaran anak Allah diberi kepada bangsa Israel (Keluaran 4:21-23) dan juga kepada para pemerintah Israel (2 Samuel 7:11-14, Psalm 2). Yesus merupakan Raja Israel yang dijanjikan, iaitu Kristus serta Mesias, jadi Dia juga diberi gelaran Anak Allah. Di dalam Alkitab, kita memerhatikan bahawa rasul Petrus memanggil Yesus sebagai Raja:
Yesus pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada murid-murid-Nya, “Menurut kata orang, siapakah Anak Manusia ini?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.” Yesus bertanya, “Menurut kamu, siapakah Aku ini?” Simon Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup.” Yesus berkata, “Diberkatilah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga. (Matius 16:13-17)
Rujukan kepada Yesus di dalam penulisan bukan Kristian di luar Alkitab menafikan bahawa Yesus itu Anak Allah. Di dalam Injil Barnabas, jelas sekali penulis tersebut telah mengubahkan pengakuan Petrus seperti berikut:
Yesus bertanya kepada murid-murid-Nya, “Menurut kata orang, siapakah saya?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.” Yesus bertanya, “Menurut kamu, siapakah Aku ini?” Simon Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup.” Kemudian Yesus marah, dan di dalam kemarahan-Nya, Dia menegur Petrus, “Nyah engkau” (bab 70).
Kematian Yesus. Alkitab mengajar bahawa Yesus mati di atas salib.
Pilatus pun membebaskan Barabas kepada mereka; dan setelah menyebat Yesus, dia menyerahkan-Nya untuk disalib. … Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang lelaki dari Kirene bernama Simon. Mereka memaksanya mengangkat kayu salib Yesus. … Selepas itu mereka menyalib-Nya, dan membahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi. … Yesus berseru dengan kuat sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir (Matius 27:26-50).
Terdapat tulisan di dalam buku-buku lain yang menyatakan bahawa Yesus tidak mati disalib. Ini konsisten dengan ajaran di dalam Injil Barnabas, di mana penulis telah mengubah butir-butir tentang penyaliban Yesus:
Allah melakukan mukzijat sehingga Yudas ditukar dari segi pertuturan serta rupanya, sehingga dia menyerupai Yesus. Oleh itu, para pengawal Roma menangkap Yudas dan membendungkan dia … Mereka membawa Yudas ke Kalvari, tempat di mana orang jahat dijatuhkan hukuman mati, dan di sanalah mereka menyalibkan Yudas (bab 216-217).
Ini adalah salah satu contoh di mana penulis Injil Barnabas (pada abad ke-14) telah mengubahsuai kandungan Alkitab supaya ia selari dengan corak pemikiran yang bercanggah dengan ajaran sebenar agama Kristian. Namun demikian, oleh kerana penulis Injil Barnabas ini tidak diilhamkan oleh Allah melalui Roh Kudus, terdapat beberapa ayat yang tidak konsisten dengan pandangan keseluruhan seperti yang dibangkitkan awal tadi. Pokoknya, penulis Injil Barnabas ingin pembaca percaya bahawa Yesus itu sekadar manusia sahaja dan bukan Anak Allah.
Mengubahsuai kandungan Alkitab supaya ia selari dengan pandangan seseorang ataupun aliran pemikiran bukan sesuatu yang baru. Ia dipanggil eisegesis, dan merupakan sesuatu yang sangat bahaya kerana ia memberi peluang kepada seseorang untuk memesong akidah pendengar.
En. Shafaat menulis di dalam bukunya:
Dan Pilate memberi perintah supaya Yesus Barabbas dilepaskan. Tetapi pegawai yang menerima arahan tersebut terkeliru dan melepaskan Yesus dari Nazaret, dan menyalibkan Yesus Barabbas. Dah selepas Yesus dari Nazaret dilepaskan, dia berangkat ke Galilea di mana dia menemui dua orang yang sedang dalam perjalanan ke Emmaus … Dan Yesus menjawab mereka, “Ya, Yesus dari Nazaret tidak disalibkan ataupun mati, tetapi dia hidup.”
Selain daripada itu, En. Shafaat juga menulis yang berikut:
“Dan Dia mengutus saya (Yesus) sebagai tanda kepada umat manusia dan rahmat daripada Allah. Hal ini telah diperintahkan … supaya saya boleh membawa berita baik kepada dunia mengenai utusan yang akan datang selepas saya sebagai terang dan rahmat kepada semua manusia; dan dia akan digelar sebagai called Yang Mengagumkan.”
Kemudian seorang Manusia yang sempurna, penuh dengan kuasa dan kemuliaan, akan muncul; dan dia akan membina rumah doa yang baru … Petrus kemudian menanya Yesus, “Guru, beritahu kami nama manusia tersebut.” Yesus menjawab, “Dia akan digelar sebagai Yang Mengagumkan, Penasihat Ajaib, seperti yang dinubuat oleh Esias.”
Hal menukar Injil yang sebenar dari Alkitab sudah lama berlaku. Dari buku Arabic Gospel of the Infancy of the Saviour (Injil Arab Tentang Penyelamat):
Yesus bertutur dengan ibu-Nya Mariam, sewaktu Dia masih berbaring di dalam buaian, “Saya Yesus, Anak Allah, Firman Tuhan, yang anda lahirkan, seperti yang diumumkan oleh Malaikat Jibril kepadamu; dan Bapa-Ku telah mengutus Aku sebagai Penyelamat dunia.”
Yesus tidak pernah bertutur sewaktu Dia seorang bayi di dalam Alkitab.
Siapakah Penulis Injil Barnabas?
Kandungan Injil Barnabas memberi bukti yang paling tepat tentang penulisnya. Seperti yang kita telah perhatikan, kandungan, cara, serta gaya menulis buku ini agak sama seperti buku yang ditulis oleh En. Shafaat. Kebarangkalian besar penulis Injil Barnabas pada abad ke-14 Masihi bukan seorang Kristian, tetapi ingin menyeleweng kebenaran supaya ia bersetuju dengan pandangan peribadinya tentang Yesus.
Kesimpulan
Injil Barnabas bukan injil yang asli mengenai Yesus. Penulis Injil Barnabas tidak fasih dengan bahasa, sejarah serta geografi pada zaman Yesus. Tambahan lagi, Injil Barnabas tidak mempunyai sebarang bukti untuk menunjukkan ia berasal dari zaman Yesus. Bukti dari hasil penulisan Injil Barnabas menunjukkan bahawa kebarangkalian besar ia ditulis pada abad ke-14 Masihi.
Agak sayang melihat dari dahulu sehingga sekarang, orang ramai masih ingin menyeleweng ajaran Kristian yang sebenar dengan menukar kandungan Alkitab supaya ia sesuai dengan rancangan masing-masing. Namun demikian, kita sebagai orang Kristian boleh yakin dan teguh terhadap kebenaran Alkitab, satu-satunya buku yang diilhamkan oleh Roh Kudus dan tidak pernah dipalsukan! Puji Tuhan kerana Dia telah berjanji di dalam Yesaya 40:8, “Rumput layu dan bunga luruh, tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya.“