Masonic Freemasonry Emblem Icon Logo. Vector Illustration

Artikel ini tidak mendakwa bahawa sesiapa yang terlibat dengan Freemasonry adalah ahli kultus, atau semua ahli Freemason percaya dalam hal-hal berikut. Apa yang ingin disampaikan adalah – Freemasonry bukan sebuah pertubuhan Kristian. Terdapat banyak Kristian yang telah meninggalkan Freemasonry setelah discover menyedari hal-ehwal Freemasonry. Terdapat juga Kristian yang setia terhadap Kristus yang masih ahli Freemason, oleh kerana mereka tidak faham akan ajaran Freemason. 

Setiap individu harus berdoa untuk pengetahuan dan hikmat daripada Tuhan jika dia perlu terlibat dengan Freemasonry. Artikel ini telah dikaji dan diluluskan oleh seorang bekas Freemason yang berpangkat “Worshipful Master of a Blue Lodge”.

 

“Apakah itu Freemasonry dan apakah kepercayaan Freemason?”

Freemasonry, Eastern Star, dan pertubuhan “rahsia” biasanya nampak sebagai pertemuan biasa. Banyak antara pertemuan adalah promosi kepercayaan di dalam Allah. Namun demikian, setelah mendalami hal ini dengan lebih teliti, hanya satu artikel kepercayaan adalah wajib: iaitu kepercayaan di dalam kewujudan seorang “Insan Terunggul“, termasuk dewa-dewa dalam agama Islam, Hindu, ataupun agama-agama dunia yang lain. 

Kepercayaan yang tidak berdasarkan alkitabiah serta anti-Kristian tersorok secara tidak langsung dalam penampilan pertubuhan yang sesuai dengan kepercayaan Kristian. Berikut adalah perbandingan antara pengajaran Alkitab serta pengajaran rasmi Freemason. 

 

Penyelamatan dari Dosa:

Pandangan Alkitab: Yesus menebus dosa kita melalui kematian-Nya di atas salib untuk sesiapa yang percaya (Efesus 2:8-9, Roma 5:8, Yohanes 3:16). 

Pandangan Mason: Proses untuk menyertai Lodge (ataupun tapak perjumpaan) memerlukan orang Kristian untuk mengetepikan dakwaan bahawa hanya Yesus Kristus adalah Tuhan dan Penyelamat. Mengikut Freemasonry, seorang boleh memasuki syurga melalui perbuatan baik dan sentiasa memperbaiki diri.

 

Pandangan tentang Alkitab: 

Pandangan Alkitab: Alkitab adalah Firman Tuhan (2 Timotius 3:16, 1 Tesalonika 2:13). Alkitab mengandungi pengajaran dan kewibawaan yang terulung, mutlak dan kata putus dalam.

Pandangan Mason: Alkitab hanya salah satu daripada penulisan yang berkaitan dengan hukum-hukum suci, di mana hukum-hukum suci tersebut juga sama penting di dalam kepercayaan Freemasonry. Alkitab itu sebuah kitab yang penting untuk ahli-ahli Freemason yang beragama Kristian, sama seperti kitab lain seperti Veda untuk mereka yang beragama Hindu. Alkitab itu bukannya Firman Tuhan yang unggul dan terulung, tetapi hanya satu panduan yang baik dalam hal-ehwal moral. Alkitab biasanya dikaitkan sebagai simbol kehendak Allah, sama seperti kitab-kitab agama lain. 

 

Doktrin tentang Allah: 

Pandangan Alkitab: Allah itu Esa. Terdapat pelbagai nama yang merujuk kepada Allah yang memperlihatkan ciri-ciri Allah yang tertentu. Penyembahan dewa yang lain dikira sebagai penyembahan berhala (Keluaran 20:3). Paulus merujuk kepada penyembahan berhala sebagai dosa yang sangat keji (1 Korintus 10:14) manakala Yohanes menyatakan bahawa kesudahan mereka yang menyembah berhala adalah neraka (Wahyu 21:8). 

Pandangan Mason: Semua ahli mesti percaya kepada seorang dewa. Agama yang berlainan menyembah allah yang sama, tetapi memakai nama yang berlainan. Freemasonry menjemput orang dari pelbagai latarbelakang dan agama, walaupun mereka memakai nama yang berlainan untuk ‘Dia yang tidak bernama,’ tetapi mereka semua menyembah Allah yang Esa dan Bapa kepada umat manusia sejagat. 

 

Doktrin Yesus dan Triniti:

Pandangan Alkitab: Yesus adalah Allah tetapi menjelma sebagai manusia (Matius 1:18-24, Yohanes 1:1). Yesus adalah peribadi yang kedua di dalam triniti (Matius 28:19, Markus 1:9-11). Sewaktu Dia di bumi, Dia seratus peratus manusia (Markus 4:38, Matius 4:2) dan seratus peratus ilahi (Yohanes 20:28, Yohanes 1:1-2, Kisah Para Rasul 4:10-12). Kristian harus berdoa dalam nama Yesus dan mengisytiharkan Dia di depan orang ramai, tanpa mengambil kira jika pengisytiharan tersebut menyinggung perasaan orang lain atau tidak (Yohanes 14:13-14, 1 Yohanes 2:23, Kisah Para Rasul 4:18-20).

Pandangan Mason: Yesus Kristus ataupun Allah Tritunggal (Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Kudus) tidak eksklusif, jadi doktrin keilahian Yesus Kristus tidak wujud. Jika anda menggunakan nama Yesus Kristus sewaktu berdoa, perbuatan tersebut bercanggah dengan Freemasonry. Sebarang cadangan bahawa tiada jalan lain ke syurga kecuali melalui Yesus bercanggah dengan prinsip toleransi Freemasonry. Nama Yesus telah dikeluarkan daripada ayat-ayat Alkitab yang dipakai dalam upacara Freemason. Yesus sama taraf dengan pemimpin agama yang lain di dalam Freemasonry. 

 

Sifat Manusia dan Dosa:

Pandangan Alkitab: Semua manusia dilahirkan dengan dosa warisan, di mana kita memerlukan seorang Penyelamat (Roma 3:23, Roma 5:12, Mazmur 51:5, Efesus 2:1). Alkitab menafikan bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mencapai kesempurnaan dari segi moral setelah Adam dan Hawa berdosa di Taman Eden (1 Yohanes 1:8-10, Roma 1:18-25).

Pandangan Mason:  Melalui simbol dan lambang, ajaran Freemasonry mengajar bahawa manusia tidak berdosa, tetapi hanya biadap dan tidak sempurna secara semulajadi. Manusia dapat memajukan watak dan kelakuan mereka dalam pelbagai cara, termasuk amalan kebajikan, kehidupan bermoral, dan bertimbang rasa terhadap semua orang. Umat manusia mempunyai kebolehan untuk memperbaiki diri dari ketidaksempurnaan ke tahap yang sempurna. Kesempurnaan moral dan rohani boleh dicapai oleh kedua-dua lelaki dan perempuan. 

 

Apabila seorang Kristian mengangkat sumpah Freemasonry, dia bersumpah untuk menyanjung doktrin-doktrin berikut yang Allah telah umumkan sebagai palsu dan berdosa: 

  1. Penyelamatan boleh dicapai melalui amalan
  2. Yesus Kristus hanya salah satu daripada nabi-nabi lain
  3. Ahli Freemason tidak dibenarkan berbicara tentang Kristus dan mesti mendiamkan diri
  4. Semua yang berhimpun berada di dalam kegelapan dari segi rohani. Ini bercanggah dengan Alkitab yang mengajar bahawa Kristian sudah berada di dalam terang Allah, mereka adalah anak Allah, dan didiami Cahaya Dunia – Yesus Kristus
  5. Dengan desakan supaya Kristian mengangkat sumpah Freemason, ini bermaksud Kristian sudah mengkufuri Allah
  6. Freemasonry mengajar tentang konsep Arkitek Ulung Semesta, yang dipercayai adalah allah sebenar dan melambangkan allah-allah di dalam semua agama
  7. Freemasonry memaksa Kristian mengambil pendekatan universal sewaktu berdoa, kerana hanya nama generik yang boleh dipakai supaya tidak menyinggung perasaan ahli-ahli yang lain
  8. Dengan mengangkat sumpah Freemason dan melibatkan diri dalam doktrinnya, seorang Kristian sudah terlibat dalam injil palsu kerana hal ini mempengaruhi orang lain bahawa hanya melalui Freemasonry, seseorang dapat mengalami penyelamatan dan pergi ke syurga. Ini adalah sinkretisme dan telah berkompromi dengan kesaksian mereka yang digelar Kristian
  9. Seorang Kristian membuka pintu untuk pencemaran dari segi minda, roh dan jasmani sewaktu mengangkat sumpah Freemason kerana dia menggelarkan kepercayaan terhadap doktrin palsu serta penyembahan allah yang palsu

Seperti yang anda boleh perhatikan, Freemasonry menafikan serta bercanggah dengan pengajaran Alkitab dalam pelbagai hal. Freemasonry juga meilbatkan ahli-ahlinya untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dikecam Alkitab. Oleh itu, setiap Kristian tidak boleh menjadi ahli pertubuhan rahsia atau organisasi yang berkaitan dengan Freemasonry.