32: Cubaan/Godaan

1115

Matius 6:24; 1 Timotius 6:6-10; 1 Korintus 10:13-14

Iblis sentiasa cuba menggoda anak-anak Allah. Dia mahu mereka berhenti mengikut Tuhan Yesus. Iblis memakai pelbagai cara dalam godaan dia termasuk kerakusan duit, fesyen terkini, merokok, meminum arak, dan hidup yang tidak bermoral. Dia ingin kita percaya bahawa semua benda tersebut boleh membawa kegembiraan di dalam hidup kita. Perlu ingat bahawa Iblis adalah pendusta, dan dia ingin memperdaya kita supaya kita berdosa dan memberontak menentang Allah. Berdoa kepada Tuhan untuk menolong kamu melawan godaan. Percaya pada Tuhan Yesus dan ikuti Dia sahaja.