31: Menghalau Roh-Roh Jahat

1404

Markus 5:1-20; Yakobus 4:7

Pada suatu ketika, terdapat seorang yang dirasuk roh jahat. Walaupun diikat dengan rantai, dia selalu memutuskan rantai tersebut dan mematahkan belenggu besi pada kakinya kerana roh-roh yang menguasainya sangat kuat. Yesus mengarahkan roh-roh jahat tersebut untuk keluar daripada orang tersebut, dan mereka menurut perintah Yesus! Orang tersebut dibebaskan daripada kuasa roh-roh jahat dan memberitahu semua rakan-rakannya apa yang Yesus telah lakukan untuk dia. Yesus membebaskan banyak orang daripada kerasukan. Iblis dan roh jahat mesti menurut dia. Mungkin kamu seorang yang percaya tetapi masih dikacau oleh roh jahat. Ingat, kamu kepunyaan Allah dan Iblis tiada tempat di dalam hidup kamu. Lawanlah Iblis dan menyeru kepada Tuhan Yesus yang Maha Kuasa untuk menghalau roh-roh tersebut. Minta pertolongan daripada Kristian lain untuk berdoa bersama-samamu. Apabila kamu mentaati Yesus, kuasa-Nya akan melindungimu dan Iblis tidak boleh mengacau kamu.