30: Yesus yang Maha Kuasa

973

Kisah Para Rasul 19:18-20; Mazmur 115:1-8; 1 Yohanes 3:8, 4:4

Orang di dalam gambar sedang membakar patung berhala dan azimat masing-masing. Mereka dulu menyembah Iblis tetapi mengikuti Yesus sekarang. Pengikut Yesus tidak boleh menyembah roh-roh jahat. Kita tidak perlu takut atau melayani roh-roh tersebut kerana Tuhan berkuasa atas Iblis. Orang yang percaya mesti melepaskan diri daripada semua ikatan Iblis dan roh-roh jahat. Yesus boleh melindungi kamu dan saya daripada roh-roh jahat apabila kita menyeru kepada-Nya untuk pertolongan.