29: Kasihilah Musuhmu

999

Matius 5:43-48; Lukas 10:25-37

Yesus mengajar pengikut-Nya untuk mengasihi semua orang. Perintah ini termasuk mengasihi musuh kita. Yesus menceritakan tentang seorang yang sedang mengembara dan tiba-tiba dia diragut dan dibelasah teruk. Seorang dari suku lain terjumpa mangsa tersebut. Dia membalut lukanya dan membawa mangsa tersebut ke sebuah tempat penginapan dengan keldai sendiri, di mana dia terus menjaga mangsa tersebut. Dia juga membayar pemilik tempat penginapan tersebut untuk terus menjaga mangsa itu sampai pulih kerana dia perlu meneruskan perjalanan. Yesus mengajar bahawa kita juga perlu sayang dan tolong sesiapa yang berada dalam kesusahan, tanpa mengambil kira bangsa atau agama mereka.