33: Sewaktu Kita Berdosa

1024

Lukas 15:11-32; 1 Yohanes 1:7-9

Apa yang terjadi apabila seorang Kristian berdosa? Yesus menceritakan begini: Pada suatu ketika, seorang muda meninggalkan rumahnya dengan duit warisannya. Sepanjang perjalanannya ke tempat yang jauh, dia boros dengan duit warisannya sambil terlibat dalam banyak dosa seperti berzina dan berpesta liar. Tiba-tiba, kebuluran melanda kawasan tersebut dan dia terdesak kerana kehabisan wang dan sangat lapar. Pada detik itu, dia sedar bahawa dia telah berdosa terhadap Allah dan bapanya. Penuh dengan perasaan kesal, dia pulang ke rumah bapanya. Bapa dia tidak pernah hilang kasih sayang terhadap anaknya walaupun telah banyak berdosa. Dengan penuh kegembiraan, dia menerima anak yang sesat dan mengampuni dia. Apabila kamu berdosa, hendaklah kamu betul-betul menyesal dan bertaubat. Allah akan mengampuni kamu pada waktu itu serta menerima kamu semula seperti bapa di dalam cerita ini. Yesus berkata, “Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan kerana seorang berdosa tertaubat.”