26: Berjalan di dalam Terang

640

Yohanes 3:19-21, 8:12; 1 Yohanes 1:5-7

Sebelum seseorang percaya dalam Yesus, dia seperti orang yang berjalan di dalam kegelapan. Dia kerapkali tersandung dan jatuh kerana tiada terang untuk memimpinnya. Apabila kita percaya dalam Tuhan Yesus, kita seperti orang yang berjalan dalam terang! Kita boleh lihat di mana juga kita pergi, dan tidak akan tersandung apabila terdapat halangan di depan. Yesus berkata, “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.” Dia mencurahkah Roh Kudus kepada semua yang percaya dalam-Nya.