25: Curahan Roh Kudus

987

Yohanes 14:15-18; Kisah Para Rasul 2:1-39

Sebelum Yesus diangkat ke syurga, Dia telah berjanji kepada para murid-Nya bahawa Dia akan menghantar Roh Kudus kepada mereka. Sepuluh hari selepas itu, kesemua murid Yesus sedang berkumpul sambil berdoa seperti yang digambarkan. Tiba-tiba, terdengar satu bunyi seperti tiupan angin yang kuat. Sesuatu yang menyerupai lidah api menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ. Roh Kudus telah dicurahkan oleh Yesus seperti yang dijanjikan. Banyak orang dari pelbagai bangsa dan bahasa berada di Yerusalem pada hari itu. Para murid Yesus menerima kuasa Roh Kudus untuk bertutur kepada orang ramai tersebut di dalam bahasa ibunda sendiri. Mereka memberitakan semua perkara-perkara ajaib yang dilakukan oleh Allah, 3,000 orang percaya pada Yesus pada hari itu. Sekarang juga, Roh Kudus berada di dalam semua pengikut Yesus yang setia. Roh Kudus memberi kita kuasa untuk mengikut Yesus dan mengkhabarkan Berita Baik kepada orang lain mengenai-Nya.