24: Dilahirkan Semula

574

Yohanes 3:1-18; Titus 3:4-7; 1 Petrus 1:22-23

Sewaktu Yesus berada di bumi, seorang guru terkenal di Israel yang bernama Nikodemus mencari Yesus. Malam itu, Yesus memberitahu Nikodemus sesuatu perkara yang ajaib. Yesus menyatakan bahawa barangsiapa yang ingin menikmati pemerintahan Allah mesti dilahirkan semula. Detik kita dilahir, kita sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga di dunia. Apabila kita menjadi anggota keluarga Allah, detik itulah dipanggil kelahiran yang kedua. Kelahiran pertama adalah secara jasmani, dan kelahiran kedua adalah secara rohani. Melalui kelahiran rohani ini, Roh Kudus memberi kita hidup yang baru. Hidup baru ini berlandaskan corak hidup Yesus yang kita perlu ikut. Kita sudah menjadi seorang yang baru, iaitu umat Allah.