27: Manusia yang Baru

599

Galatia 5:16-26; Efesus 4:22-32; 2 Korintus 5:17

Setiap orang yang mengikuti Yesus Kristus adalah manusia yang baru. Dia mahu mentaati Firman Tuhan. Dia bersyukur kerana Allah telah mengampuni dosanya dan memberikan hidup yang baru. Dia tidak mahu menghampakan Allah dengan berdosa, jadi seorang yang percaya tidak akan berzina atau melawan. Dia tidak mencuri atau menyembah berhala. Roh Kudus memberi orang yang percaya kuasa untuk melakukan yang baik serta berpaling daripada dosa.