21: Salib yang Kosong

646

1 Petrus 3:18; Galatia 2:20

Mengapa Yesus perlu mati di atas salib? Yesus mati untuk menyelamatkan manusia berdosa daripada hukuman. Yesus tidak pernah berdosa, dan tanda salib adalah peringatan bahawa Dia mati untuk menebus dosa kita kerana dosalah yang menghalang kita daripada memasuki hadirat Allah. Yesus adalah Domba Allah yang suci dan tidak berdosa. Dia mengorbankan Diri untuk kamu dan saya. Apabila kamu percaya pada Yesus dan bertaubat, Allah akan mengampuni kamu dan memberi kamu hak menjadi anak Allah.