20: Yesus Diangkat ke Syurga

745

Kisah Para Rasul 1:1-11

Selepas Yesus bangkit dari maut, Dia muncul di hadapan banyak orang. Mereka melihat Dia dan mengakui bahawa Dia hidup. 40 hari kemudian, tibanya masa untuk Yesus diangkat ke syurga. Dia sudah bereskan kerja-Nya di sini. Yesus berkata, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku.” Setelah berkata demikian, Dia diangkat ke syurga lalu awan menutupi Dia daripada pandangan mereka. Dua orang malaikat muncul dan memberitahu mereka bahawa Yesus akan kembali lagi dengan cara yang sama. Yesus berada di syurga sekarang telah menyediakan tempat di sana untuk semua pengikut-Nya. Sanggup kamu percaya dan mengikut Tuhan Yesus? Adakah kamu siap sedia berjumpa dengan Dia apabila Dia kembali?