19: Tomas Percaya

1277

Yohanes 20:19-31

Selepas Yesus bangkit dari maut, Dia menampakkan diri kepada para pengikut-Nya. Dia bergaul serta makan dengan mereka. Tomas, seorang murid Yesus, tidak bersama mereka sewaktu itu. Dia tidak percaya bahawa Yesus sudah bangkit dari maut dan berkata, “Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.” Seminggu selepas itu, Yesus muncul di kalangan mereka dan Tomas hadir juga. Tomas bersujud di hadapan Yesus dan berkata, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” Tomas tidak lagi beragu-ragu, dan Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!”