18: Kebangkitan Yesus

698

Lukas 23:50-24:9

Musuh-musuh Yesus ingat bahawa kematian Yesus adalah penghujung-Nya. Mayat Yesus disimpan di dalam kubur oleh kawan-kawan-Nya. Kubur tersebut ditutup oleh batu penutup kubur yang besar serta dijaga oleh askar Roma. Pada hari yang ketiga, Yesus bangkit dari maut. Apabila kawan-kawan wanita Yesus pergi menziarah kubur Dia dengan ramuan dan minyak wangi untuk jenazah Yesus, mereka menjumpai batu penutup kubur yang sudah terguling dan jenazah Yesus tiada di situ. Dua orang malaikat memberitahu wanita tersebut, “Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. Ya, Yesus sudah bangkit dari maut dan menunjukkan bahawa Dia adalah Allah. Yesus tetap hidup sampai hari ini dan telah mengatasi Iblis dan kuasa maut untuk selama-lamanya.