17: Penyaliban Yesus

3026

Markus 15:22-39; 1 Petrus 2:21-24

Para askar memaku Yesus pada salib kayu di mana Yesus disalibkan sehingga Dia menghembuskan nafas yang terakhir. Pada zaman itu, hukuman mati disalib dijatuhkan ke atas penjenayah. Dua orang pencuri juga disalibkan di sisi Yesus. Yesus bukan seorang penjenayah, Dia tidak pernah berdosa. Tetapi Yesus mengambil alih tempat kamu dan saya untuk menerima hukuman dosa. Ini kerana kita semua orang yang berdosa dan sepatutnya mati untuk dosa kita. Yesus dijadikan korban yang sempurna untuk dosa umat manusia. Jika kita mengakui dosa masing-masing dan bertaubat, Allah akan mengampuni kita. Percaya pada Tuhan Yesus Kristus dan kamu akan memperoleh keselamatan.