16: Penderitaan Yesus

708

Matius 27:11-31

Yesus melakukan banyak mukjizat dan mengajar orang ramai tentang cara menyenangkan hati Allah. Dia datang untuk memimpin orang balik ke Allah serta menunjukkan kasih sayang Allah. Malangnya, pemimpin agama pada waktu itu cemburu terhadap Yesus. Hati mereka tetap keras dan mereka tidak percaya bahawa Yesus diutus oleh Allah. Mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka orang yang berdosa kerana telah melanggar hukum-hukum Allah. Jadi, para pemimpin agama memfitnah Yesus supaya Yesus diberkas. Askar-askar Roma menyambuk Yesus, memperli Dia serta memaksa Dia memakai makhota yang dibuat oleh ranting-ranting berduri. Yesus, Anak Allah, mempunyai kuasa untuk membinasakan semua orang yang menentang Dia, tetapi Dia tidak berbuat demikian kerana Dia tahu bahawa semua ini adalah selari dengan kehendak Allah.