15: Mukjizat Yesus

1438

Markus 8:22-26, 5:35-43, 6:45-52

Yesus sebagai Anak Allah mengerjakan banyak mukjizat. Dia menyembuh mereka yang sakit, memulihkan penglihatan orang buta, serta membangkitkan semula mereka yang telah mati. Ribut diteduhkan dengan sepatah dua perkataan, malah Dia juga berjalan di atas air. Apabila orang ramai menyaksikan kesemua mukjizat tersebut, mereka percaya bahawa Dia berasal daripada Allah. Semua orang hairan dengan apa yang dilakukan dan dikatakan oleh Yesus. Yesus juga mempunyai kuasa untuk menolong kamu dan saya hari ini.