14: Yesus sebagai Guru

595

Lukas 2:41-52; Markus 6:34

Yesus membesar di bawah bimbingan Yusuf dan Maria. Sewaktu Dia berusia 12 tahun, ibu bapa-Nya membawa Yesus ke Yerusalem. Di sana, Yesus berbincang dengan guru-guru Taurat serta pemimpin-pemimpin tentang Allah. Dia mendengar jawapan mereka sambil bertanya soalan. Semua orang hairan kerana kebijaksanaan-Nya. Apabila Yesus berumur 30 tahun, Dia mula mengajar orang ramai tentang Allah. Banyak orang mempercayai ajaran-Nya dan menjadi pengikut. Segolongan orang pula tidak percaya dan menentang Dia.