22: Dua Jalan

1360

Matius 7:13-14; Yohanes 3:16; 1 Yohanes 1:9

Yesus adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Semua orang sudah berdosa kerana kami mewarisi dosa asal Adam dan berada di jalan yang luas. Jalan yang sempit akan membawa seseorang ke Allah dan kehidupan kekal di syurga. Yesus sendiri menyatakan bahawa kita perlu mengambil jalan yang sempit. Gambar di atas menunjukkan satu salib seding menunggu mereka yang ingin melalui jalan yang sempit. Kita memasuki jalan tersebut apabila kita bertaubat dari dosa kita dan percaya bahawa Yesus disalib untuk kita. Ramai orang enggan bertaubat, dan jalan ke syurga terlalu sempit untuk mereka. Mereka lebih rela mengambil jalan yang luas ke neraka. Jalan manakah yang kamu akan pilih? Cubalah berbicara dengan Allah sekarang. Kata kepadanya, “Tuhan Allah, Engkau besar dan suci, dan saya mengakui dosa saya kepada-Mu. Saya percaya bahawa Yesus mati di atas salib untuk menebus dosa saya. Sila ampunkan saya dan sucikan saya daripada dosa supaya saya menjadi anak-Mu. Aku mahu ikut cara Yesus dan bersama-sama-Mu di syurga apabila aku mati. Terima kasih Tuhan.”