Pengajaran Alkitab

944

Alkitab adalah buku yang paling luar biasa dalam sejarah manusia. Ia merupakan buku yang paling laris sejak mesin cetak dicipta. Walaupun ditulis beribu-ribu tahun yang lalu, namun Alkitab masih sangat relevan pada zaman dan masa kita. Ia adalah Firman Allah. Tidak ada yang lebih menarik daripada mendengar dan memahami Allah yang berbicara kepada anda dan saya!

Bahan dalam buku ini disusun di bawah sepuluh doktrin asas Kristian atau subjek utama: Alkitab, Allah, Yesus Kristus, Roh Kudus, Manusia, Utusan-utusan Allah, Penyelamatan, Orang Kristian, Gereja dan Akhir Zaman. Setiap subjek utama dibahagikan kepada enam bahagian dan setiap bahagian mengandungi sehingga enam topik kajian. Sekiranya keseluruhan subjek ini diselesaikan dengan mempelajari satu topik setiap minggu, semua bahan akan meliputi dalam masa setahun. Setiap kajian terkandung dalam dua muka surat.

Kami berdoa agar Roh Allah akan membantu anda ketika anda berusaha untuk mengenali Yesus Kristus dengan lebih dalam lagi, dan bertumbuh dalam kasih-Nya. Semoga buku ini menjadi satu berkat bagi diri anda, dan jemaah anda.

Harga: RM12