Perjanjian Baru – Kitab Demi Kitab

652

Bagi orang Kristian, perkara yang menakjubkan adalah bahawa Alkitab bukan sahaja menceritakan kepada pembaca tetapi juga mengundang mereka untuk menjadi sebahagian daripadanya. Perjanjian Baru – Kitab Demi Kitab ini akan menolong kita untuk menemui, memahami dan mengenali kebenaran indah yang ada di setiap halaman Alkitab. Buku ini akan membantu anda untuk:

Mengenali isi kandungannya. Apa yang dikatakan oleh Perjanjian Baru? Perjanjian Baru – Kitab Demi Kitab akan membantu anda mengenali 27 kitab dalam Perjanjian Baru dengan lebih baik.

Memahami kebenaran. Pengajaran Alkitab memperkenalkan kebenaran penting iman kepercayaan Kristian. Semua kajian dirancang sedemikian rupa sehingga bahan tersebut dapat digunakan untuk renungan peribadi, kajian berkumpulan atau dasar untuk berkhutbah.

Menerapkan mesej. Alkitab akan kekal seperti buku-buku lain kecuali kebenaran-kebenaran indah di dalamnya diterapkan dan dihayati. Buku ini akan mencabar dan mendorong anda untuk menghidupkan iman anda.

Harga: RM12