Alkitab sangat penting bagi iman Kristian dan harus menjadi sumber wahyu, kebijaksanaan, pengajaran, dan hubungan dengan Tuhan. Namun begitu, ia terus disalahfahami, disalahtafsir, dan disalahgunakan. Oleh itu, sebagai orang Kristian, adalah penting untuk kita memahami apa yang kita percaya tentang Kitab Suci. Memahami Alkitab bukan untuk segelintir orang, yang berbakat, dan yang terpelajar sahaja. Alkitab boleh dicapai dan dibaca oleh sesiapa sahaja. Ia bertujuan untuk dibaca dan difahami oleh semua orang — daripada pembaca yang duduk di kerusi malas sehinggalah kepada pelajar seminari.
Dalam bahasa yang jelas dan mudah, Membaca Alkitab untuk Semua Nilainya membantu anda memahami dengan tepat maksud Kitab Suci untuk pembaca kuno dan implikasinya kepada anda pada hari ini. Buku ini juga membantu anda membongkar konsep-konsep sukar yang berkaitan dengan kewenangan dan inspirasi Kitab Suci. Ia memberi pembacaan teologi ringkas tentang naratif agung Kitab Suci, dan menyediakan asas serta acuan untuk pentafsiran dan penerapan Kitab Suci yang bermanfaat dan setia.
Harga: RM25