Kesaksian – Rachel

1316

Rachel adalah Penyelia asrama di S.K. San Semanju. Walaupun dia sudah berkahwin untuk 8 tahun, namun hasratnya untuk menjadi seorang ibu masih belum ditunaikan. Bulan demi bulan melayang dan harapannya semakin nipis. Setiap kali mata Rachel melihat bayi yang lain, hatinya berasa sangat pilu kerana naluri seorang ibu akan timbul. Namun demikian, Rachel mengambil dorongan daripada cerita Hannah di dalam Alkitab dan terus bersanding pada TUHAN sebagai punca kekuatan dan harapan yang tidak pernah gagal.

Sebagai penyelia asrama, Rachel akan mengumpulkan semua budak-budak seminggu sekali untuk sesi sembahyang. Setiap sesi melibatkan doa serta perkongsian cerita daripada Alkitab. Walaupun dia kekurangan bahan ajaran, dia tidak pernah putus asa. Tiga tahun dahulu, sepupunya menghadiahkan Rachel dengan beberapa kotak Alkitab Kanak-Kanak (AKK). Sejak itu, Rachel senantiasa memakai AKK setiap minggu kerana ilustrasi serta ayat Alkitab yang senang difahami oleh budak-budak sangat berkesan untuk mengajar minda yang muda. Bukan setakat itu sahaja, tetapi AKK juga menyampaikan cara buku-buku di dalam Alkitab dibahagikan serta 10 Hukum Allah dengan jelas dan senang difahami.

Akhirnya, pelayanan Rachel terhadap budak-budak sekolah selama ini tanpa mengenal lelah telah diberkati TUHAN. Walaupun untuk 8 tahun rahimnya masih tidak dibuka oleh Allah, Rachel tidak pernah kecewa dan terus percaya pada Allah serta melayani budak-budak sekolah dengan setia. Rachel mendorong anak-anak Allah supaya menumpukan perhatian mereka pada Yesus sahaja. Oleh kerana itu, Rachel sekarang sudah mengandung dan dijangka melahirkan cahaya matanya yang pertama bulan Julai nanti. Semua naskhah AKK di S.K. San Semanju menunjukkan tanda-tanda bahawa ia telah lama dipakai. Walaupun sudah melalui tangan ramai pelajar selama ini, tetapi tidak satu pun mukasurat yang dicarik. Semoga ini menjadi petanda bahawa iman pelajar-pelajar yang telah membaca dan belajar daripada AKK akan terus tetap dan teguh dalam masa yang akan datang.