Adakah Yudas Iskariot mati melalui gantung diri (Matius 27:5) ataupun dia mati kerana terjatuh, menyebabkan perutnya terbelah dan isi perutnya terburai (Kisah Para Rasul 1:18)?

Petikan-petikan yang berkaitan adalah:

Matius 27:5
Yudas pun mencampakkan keping-keping wang perak itu ke dalam Bait Suci lalu pergi menggantung dirinya.

Kisah Para Rasul 1:18
Dia memperoleh sekeping tanah dengan upah durjananya; dia jatuh terjerumus, bahagian pertengahan tubuhnya pecah dan segala isi perutnya terburai.

Terdapat segolongan orang telah membuat andaian yang salah mengenai Matius dan Lukas (penulis kitab Kisah Para Rasul) mempersembahkan laporan yang bercanggah tentang kematian Yudas. Memandangkan Alkitab adalah benar dan tidak mengandungi apa-apa kesalahan, tidak mungkin Yudas menemui ajalnya melalui penggantungan diri dan juga mati setelah jatuh, membiarkan isi perutnya terburai. Sebenarnya, ini adalah dua perspektif yang berbeza tentang peristiwa yang sama. Contohnya, jika saya melihat kemalangan yang melibatkan sebuah kereta melanggar pejalan kaki, aku mungkin menyatakan bahawa pejalan kaki itu mati kerana dia telah dilanggar oleh kereta. Koroner yang menyiasat tempat kemalangan tetapi tidak melihat peristiwa tersebut mungkin memberi keterangan yang lebih teliti tentang kecederaan parah yang menimpa pejalan kaki tersebut. Kedua-duanya koroner dan saya memberi keterangan berkaitan dengan peristiwa yang sama, hanya dari aspek yang berbeza.

Matius menyatakan bahawa Yudas mati melalui menggantung diri. Lukas, sebagai seorang doktor, memberi keterangan yang jauh lebih terperinci tentang apa yang berlaku selepas menggantung diri. Sebab pengaturan peristiwa-peristiwa tersebut boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, jika seseorang telah jatuh dan isi perutnya terburai, mereka akan terus mati tanpa menggantung diri menjadi sebab kematian. Kedua, walaupun terdapat peristiwa di mana seseorang mengalami kejatuhan yang teruk, mereka biasanya tidak akan mengalami apa yang terjadi kepada Yudas. Kulit manusia sangat liat, dan walaupun kawasan abdomen mengalami keratan, isi perut biasanya tidak akan terburai. Jadi, kemungkinan Yudas mati melalui cara ini agak nipis.

Apa yang menggerunkan adalah mayat Yudas telah bergantung di bawah kepanasan matahari terik di Yerusalem, dan bakteria di dalam mayat Yudas sudah pasti mulakan proses pereputan. Salah satu kesan daripada proses pereputan adalah gas. Tekanan yang disebabkan oleh gas ini akan memaksa lendiran keluar dari sel-sel dan tisu-tisu untuk memasuki ruang-ruang lain di dalam mayat tersebut. Oleh itu, mayat akan berkembang secara tidak langsung. Lebih daripada itu, pereputan tisu juga melemahkan kekuatan kulit. Pada waktu itu, kebarangkalian tinggi mayat Yudas merupakan belon yang berkembung: detik mayatnya terhempas di atas tanah (mungkin dahan pokok yang dia menggantung dirinya patah ataupun tali tersebut putus), kulitnya pecah lalu isi perutnya terberai.

Tiada kenyataan yang bercanggah berkaitan dengan kematian Yudas, tetapi dua penggambaran yang diberi oleh dua orang penulis mengenai peristiwa yang sama.