Apakah Pendirian Saya Dalam Tuhan?

©2018 The Navigators. All Rights Reserved.

1431

Apabila berkongsi kepercayaan anda dengan orang lain, satu alat bantu visual yang mudah mampu membuat satu perbezaan yang besar dalam membantu orang lain untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang Injil. Memahami di mana kita berdiri bersama Tuhan adalah suatu aspek yang penting dalam perhubungan kita dengan Dia.

 

1. Apakah jenis kehidupan yang Yesus janjikan? Menurut anda, apakah yang Yesus maksudkan?
  • Yohanes 10:10
    Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.
  • Yohanes 5:24
    Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar.
  • Yohanes 6:35
    Yesus berkata kepada mereka, “Akulah roti hidup itu. Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga lagi.
2. Walaupun kita diciptakan dalam imej Allah, kita mempunyai kelemahan moral (dosa). Bagaimanakah Alkitab menerangkan ini?
  • Yohanes 3:19,20
    Penghakiman berdasarkan hal ini: Cahaya sudah datang ke dunia, tetapi manusia
    lebih suka akan kegelapan kerana mereka berbuat jahat. Orang yang berbuat jahat
    benci akan cahaya dan tidak mahu mendekatinya kerana takut perbuatan jahatnya
    terdedah.
  • Lukas 18:9-14
    Yesus juga menceritakan ibarat ini kepada orang yang menganggap diri mereka
    sebagai orang yang benar dan menghina orang lain: ‘Dua orang masuk ke dalam Bait Suci untuk berdoa. Seorang daripadanya orang Farisi dan seorang lagi pemungut cukai. Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya: ‘Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu kerana aku tidak tamak, menipu atau berzina seperti orang lain. Aku bersyukur kepada-Mu kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini. Aku berpuasa dua kali seminggu dan mempersembahkan sepersepuluh daripada semua pendapatanku.’ Akan tetapi, pemungut cukai itu berdiri jauh sedikit, tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini.’ Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”
  • Roma 3:23
    Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.
3. Kerana Allah itu adil, apakah yang menanti kita selepas kematian fizikal?
  • Ibrani 9:27,28
    Sebagaimana manusia ditentukan mati sekali, dan selepas itu dihakimkan, begitulah Kristus telah dikorbankan sekali untuk dosa semua manusia. Kepada mereka yang menunggu-Nya dengan penuh pengharapan, Dia akan datang bagi kali kedua, bukan untuk menanggung dosa tetapi untuk menyelamatkan mereka.
4. Apakah beberapa cara yang kita cuba untuk merapatkan jurang antara kita dengan Tuhan? Mengapa mereka tidak berkesan?
  • Efesus 2:8,9
    Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah.
  • Titus 3:5
    Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan i benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus.
5. Apakah yang memisahkan kita daripada Allah?
  • Yesaya 53:6
    Kita semua tersesat seperti domba, setiap orang menyimpang menurut jalannya
    sendiri, tetapi Tuhan telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua.
6. Apakah yang mampu dilakukan oleh untuk “kelemahan moral” kita?
  • Matius 26:26-28
    Ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti, mengucap syukur lalu
    memecah-mecahkan dan memberikannya kepada murid-murid-Nya sambil berkata,
    “Ambil dan makanlah, ini tubuh-Ku.” Kemudian Dia mengambil cawan air anggur dan mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka sambil berkata, “Minumlah dari cawan ini, kamu semua. Inilah darah perjanjian yang ditumpahkan bagi ramai orang untuk pengampunan dosa.
7. Apakah “Jambatan” antara kita dan Allah? Bagaimana kita dapat
“menyeberanginya”?
  • Yohanes 3:16
    Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal
    supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat
    hidup kekal.
8. Apakah yang dimaksudkan untuk percaya?
  • Yohanes 1:12
    Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.
  • Yohanes 6:54-57
    Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku mendapat hidup yang kekal, maka Aku akan membangkitkannya pada hari akhir. Tubuh-Ku inilah makanan yang sebenar. Darah-Ku inilah minuman yang sebenar. Apabila seorang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, maka dia tetap di dalam-Ku dan Aku di dalamnya. Seperti Bapa yang hidup mengutus Aku, dan Aku hidup kerana Bapa hidup. Demikianlah juga, orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku hidup.
9. Bagaimanakah seseorang itu “menerima” Yesus Kristus?
  • Wahyu 3:20
    Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama-Ku.
  • Lukas 18:9-14
    Yesus juga menceritakan ibarat ini kepada orang yang menganggap diri mereka
    sebagai orang yang benar dan menghina orang lain: “Dua orang masuk ke dalam Bait Suci untuk berdoa. Seorang daripadanya orang Farisi dan seorang lagi pemungut cukai. Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya: ‘Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu kerana aku tidak tamak, menipu atau berzina seperti orang lain. Aku bersyukur kepada-Mu kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini. Aku berpuasa dua kali seminggu dan mempersembahkan sepersepuluh daripada semua pendapatanku.’ Akan tetapi, pemungut cukai itu berdiri jauh sedikit, tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini.’ ” “Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”
  • Roma 3:23
    Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.
10. Manakah yang paling menggambarkan pendirian anda?
    1. Tiada kaitan dengan saya.
    2. Saya mempunyai pertanyaan.
    3. Saya bersedia menerima Yesus Kristus.
    4. Saya mencari Tuhan dengan cara saya sendiri.
    5. Saya telah menerima Yesus Kristus.
    6. Lain-lain: