Dalam konteks agama, istilah ‘denominasi’ biasanya difahami sebagai ‘satu mazhab/cabang di dalam gereja Kristian yang berautonomi’. Satu denominasi biasanya terdiri daripada pelbagai gereja yang bertapak di berlainan tempat. 

Terdapat banyak denominasi yang bagus, di mana setiap denominasi terdiri daripada gereja yang baik serta yang kurang memuaskan. Apabila anda sedang mencari sebuah gereja untuk bertumbuh secara rohani, anda disyorkan meneliti carta iman gereja tersebut serta bertanya tentang amalan yang dipraktikkan dan tidak tetap mengikuti denominasi secara membabi buta. Memilih gereja mana yang anda memenuhi ibadah setiap minggu tidak harus berdasarkan sekadar denominasi. Jauh lebih bagus anda memilih gereja berdasarkan kualiti serta kesetiaan pemimpin gereja dalam ajaran alkitabiah, serta jikalau gereja tersebut mengikuti Amanah Agung tanpa mengambil kira denominasi. 

Alkitab tidak mengandungi apa-apa ajaran tentang denominasi, tetapi hanya memberi kita satu contoh sahaja: sebuah gereja di bawah kepimpinan Yesus Kristus. Namun demikian, tiada salahnya jikalau terdapat denominasi, kerana kadangkala denominasi merupakan cara sekumpulan jemaat yang bercenderung terhadap ajaran Alkitab yang tertentu. Label denominasi adalah cara yang senang untuk menentukan jenis kumpulan Kristian tersebut. Jika anda biasa dengan doktrin-doktrin denominasi yang tertentu, anda tentu tahu secara am pendekatan gereja-gereja yang berlainan di pekan ataupun bandar tersebut. 

Adakah anda berasa bahawa terdapat terlalu banyak denominasi? Kemungkinan besar. Kadangkala, denominasi yang baru muncul kerana perbalahan yang sah berlaku tentang teoloji atau ajaran asas, ataupun amalan sesebuah gereja, di mana kebenaran harus dibezakan dari kepalsuan. Terdapat pula situasi di mana denominasi yang baru bermula kerana terdapat percanggahan dalam pendapat yang mungkin lebih bagus diselesaikan mengikut cara kasih sayang dan rendah hati. “Hiduplah bersama-sama dalam aman damai” (1 Tesalonika 5:13).

Tubuh Kristus bersifat interdenominasi. Kita sebagai manusia fana memilih untuk menamakan diri sendiri serta orang yang lain, di mana tidak salahnya melakukan begitu, tetapi kita perlu ingat bahawa Yesus tidak pernah meletakkan label ke atas mana-mana kumpulan atau denominasi. Tubuh Kristus terdiri daripada “…sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan” (Kisah Para Rasul 2:21), dan injil penyelamatan melalui kasih kurnia dan iman menyatukan semua yang percaya, tidak kira perbezaan antara denominasi.