Terdapat dua petikan dalam Alkitab yang mengandungi maklumat tentang adik-beradik Yesus. Matius 13:54–57 menyatakan, “Lalu Dia pulang ke kampung halaman-Nya. Di situ Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, “Dari manakah Dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah Dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? Bukankah Dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibu-Nya, dan Yakobus, Yusuf, Simon serta Yudas itu saudara-Nya? Bukankah saudara-saudara perempuan-Nya ada bersama kita? Dari manakah Dia mendapat semua ini?” Dengan demikian mereka enggan menerima-Nya. Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati kecuali di kampung halamannya dan dalam keluarganya sendiri.”

Walaupun kita tidak pasti berapa saudara perempuan yang Yesus ada, tidak dapat dinafikan bahawa Dia mempunyai sekurang-kurangnya enam orang adik-beradik yang lain (Markus 6:3). 

Dalam Yudas 1:1, penulis kitab Yudas dikenali sebagai “saudara Yakobus”. Yakobus ini dipercayai orang sama yang menulis kitab Yakobus, iaitu adik lelaki Yesus (rujuk Galatia 1:19). Kebarangkalian besar kedua-dua Yakobus dan Yudas juga antara kumpulan beradik Yesus yang pada awalnya berasa malu terhadap populariti Yesus, di mana mereka ingin membawa Yesus pulang (Matius 12:46). Yakobus dan Yudas tidak percaya bahawa Yesus adalah Anak Allah hanya selepas kebangkitan-Nya. Apabila mereka menjadi saksi kepada kebangkitan Yesus, kedua-dua mereka menjadi murid Yesus yang setia. 

Terdapat golongan yang berfikir bahawa perkataaan Yunani adelphos (“adik-beradik lelaki”) dan adelphai (adik-beradik perempuan) di dalam Matius 13 merujuk kepada adik-beradik rohani. Ada juga yang memegang kepada idea bahawa Maria adalah dara yang kekal, menganggap bahawa adik-beradik Yesus merujuk kepada anak-anak Yusuf yang lain, sebelum dia bernikah dengan Maria. Namun demikian, kandungan Alkitab tidak menyokong corak pemikiran tersebut, dan kita tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk percaya bahawa adik-beradik Yesus yang dinyatakan dalam Alkitab adalah anak kandung Yusuf dan Maria. Walaupun kita tidak diberitahu jumlah adik-beradik Yesus, tetapi Markus 6:3 menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam orang: empat adik lelaki yang dinamakan, dan dua orang adik perempuan lain.