File source: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:KotaKinabalu_Sabah_Catholic-Church-of-Mary-Immaculate-01.jpg

Terdapat orang yang memberi Maria penghormatan yang lebih berbanding dengan orang biasa kerana dia adalah ibu duniawi Yesus. Ada juga mereka yang berpendapat bahawa Maria seorang yang tidak tercela dan sempurna. Ini bercanggahan dengan pengajaran Alkitab, di mana Roma 3:23 menyatakan bahawa “…semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.” Selain daripada itu, Alkitab melarang sesiapa daripada menyembah manusia ataupun berdoa kepada mereka. Yesus berkata, “Hendaklah engkau menyembah Tuhan, Allahmu dan kepada-Nya sahaja engkau beribadat” (Matius 4:10).

Apabila seorang wanita mengucapkan berkat ke atas Maria, Yesus mengucapkan berkat yang berlainan: “Setelah Yesus berkata demikian, seorang perempuan antara orang ramai itu berkata, “Diberkatilah perempuan yang melahirkan dan menyusui Engkau.” Tetapi Yesus berkata, “Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.”” (Lukas 11:27-28).

Mereka yang menyembah atau berdoa kepada Maria melanggar hukum Allah. Maria sendiri menyembah Allah setelah dia diberitahu bahawa dia telah dipilih untuk melahirkan Anak Allah: 

Maria berkata, “Jiwaku meninggikan Tuhan; rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku, kerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina. Dari sekarang hingga selama-lamanya, orang akan berkata aku diberkati, kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara yang besar untuk aku. Sucilah Nama-Nya. Dia mengasihani mereka yang takut akan Dia, daripada satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dia telah menunjukkan kekuatan tangan-Nya; Dia telah mencerai-beraikan mereka yang berhati bongkak dalam pemikiran mereka. Dia telah menurunkan raja-raja daripada takhta mereka dan mengangkat tinggi orang yang hina; Dia telah memuaskan orang yang lapar dengan segala yang baik tetapi orang kaya dihalau pergi dengan tangan kosong. Dia menolong bangsa Israel, hamba-Nya kerana Dia ingat akan belas kasihan-Nya yang dijanjikan kepada nenek moyang kita Abraham dan semua keturunannya untuk selama-lamanya.” (Lukas 1:46-55)

Walaupun Maria seorang anak dara yang mengandung Tuhan Yesus, ini tidak bermakna bahawa dia seorang yang sempurna dan tidak berdosa. Di sebaliknya, mukjizat ini menunjukkan bahawa Yesus adalah insan yang sempurna. Tiada sesiapapun yang ada sebelum ataupun selepas Yesus adalah sempurna. Sejak Adam dan Hawa mengingkari arahan Allah, setiap insan mewarisi dosa asal: “…sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa” (Roma 5:12). Setiap daripada kita telah berdosa, melanggari hukum-hukum Allah seperti:

  • Menyayangi Allah daripada segalanya (Ulangan 6:5; Matius 22:37)
  • Menyayangi sesama sendiri (Imamat 19:18; Matius 22:39)
  • Hormati ibubapa (Keluaran 20:12; Matius 15:4)
  • Tidak berzina (Keluaran 20:14; Matius 5:28)

Yesus yang dilahirkan oleh seorang anak dara dan tidak mewarisi dosa asal. Walaupun Dia dicuba oleh Iblis untuk berdosa, Dia tidak pernah berdosa (Ibrani 4:15). Sebaliknya, Dia menampilkan perbenaran Allah Bapa yang sempurna. 

Seperti dosa Adam yang menyebabkan semua keturunannya mewarisi dosa asal, perbenaran Yesus Kristus juga menyebabkan semua yang dilahirkan semula percaya kepada-Nya: “Kerana sebagaimana melalui pelanggaran oleh seorang manusia, ramai telah menjadi orang berdosa, maka melalui ketaatan seorang Manusia, ramai akan diperbenar” (Roma 5:19)

Bagaimanakah kita boleh menerima perbenaran dari Allah? Kita sendiri tidak mampu membenarkan diri sendiri. Kita hanya diperbenar oleh Allah melalui Yesus Kristus. Mengikut Alkitab, Yesus hidup sebagai Allah-Manusia yang sempurna, mati di atas kayu salib untuk menebus dosa-dosa semua umat manusia, dan bangkit semula dari maut sebagai Tuhan yang hidup dan Penyelamat. 

Allah membangunkan hati orang yang berdosa, di mana mereka berpaling tadah dari dosa dan percaya hanya pada Yesus sahaja untuk keselamatan dari dosa dan neraka. Allah mengampuni dan memperbenarkan  orang berdosa berdasarkan perbenaran Yesus Kristus (Roma 8:1-4). Oleh kerana Allah menukarkan dosa kita dengan Kristus semasa Yesus berada di atas salib, Allah menjadikan perbenaran Yesus milik kita. 

“Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah” (2 Korintus 5:21). 

“Sebaliknya, bagi seseorang yang tidak membuat kerja amal tetapi percaya kepada Allah yang telah memperbenar orang yang mungkar, imannya diperhitungkan sebagai perbenaran” (Roma 4:5).

Seorang lelaki yang dulu menentang kebenaran tersebut, memenjarakan Kristian sambil menyetujui rejaman orang yang percaya. Lelaki tersebut barangkali berfikir bahawa dia boleh menyenangkan hati Allah dengan mengikuti kesemua hukum Allah. Namun demikian, apabila Yesus memanggilnya dan menyelamatkan dia (Kisah Para Rasul 9), Paulus memberi kesaksian perbenaran melalui iman dalam Kristus: 

“Tetapi segala yang dahulu merupakan untung bagiku, sekarang kukira rugi kerana Kristus. Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus, dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan perbenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada Kristus, perbenaran daripada Allahi melalui iman. Aku hendak mengenal-Nya dan kuasa kebangkitan-Nya, dan turut merasai penderitaan-Nya, serta menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya, supaya pada akhirnya aku dapat mencapai kebangkitan daripada kematian.” (Filipi 3:7-11).