11: Pengorbanan untuk Dosa

525

Imamat 4:27-35; Yohanes 1:29

Pada zaman Musa, sesiapa yang melanggar perintah Allah perlu mengorbankan seekor domba untuk menebus dosanya. Ini menjadi satu peringatan kepada umat Allah bahawa dosa tidak boleh dipandang ringan kerana domba tersebut perlu mati untuk mengganti orang yang berdosa. Domba tersebut juga merupakan satu tanda, merujuk kepada Korban Agung yang akan datang pada waktu depan. Ini kerana Allah ingin mengutus Anak Tunggal-Nya Yesus untuk menjadi Korban Agung.