10: Sepuluh Hukum Allah

3201

Keluaran 20:1-17

Hukum Allah yang diberi kepada Musa sangat baik, kerana barangsiapa yang mengikutinya akan menerima berkat Allah. Hukum Allah menyatakan bahawa kita mesti sayang, menyembah dan mengikut Allah sahaja. Kita tidak boleh menyembah berhala dan memakai nama Allah dengan sebarang. Satu hari seminggu perlu diasingkan untuk berehat dan menyembah Allah. Kanak-kanak mesti menghormati ibu bapa mereka. Jangan membunuh, berzina, mencuri, memberi kesaksian palsu dan mengingini barang kepunyaan orang lain.