8: Abraham, Sara dan Ishak

1474

Kejadian 9:18-19,17:1-8, 21:1-7; Matius 1:1-16

Setelah sekian lama, keturunan Nuh semakin ramai sehingga menjadi suku-suku bangsa yang berlainan. Abraham adalah salah seorang zuriat Nuh. Dia seorang yang sayang dan taat setia kepada Allah. Allah telah berjanji kepada Abraham bahawa zuriatnya akan menjadi satu bangsa yang besar dan terkenal. Abraham dan isterinya Sara belum memperoleh cahaya mata sewaktu itu, tetapi mereka percaya kepada janji Allah. Sejurusnya, Abraham mendapat seorang anak (Ismael) melalui perempuan lain, di mana Ismael menjadi bapa bangsa Arab. Sewaktu Abraham dan Sara berusia lanjut, barulah Ishak, anak yang dijanjikan Allah, lahir. Allah berjanji untuk memberkati semua bangsa melalui Ishak dan zuriatnya.