6: Bahtera Nuh

1102

Kejadian 6:1-22; 2 Petrus 3:9

Kian lama, bangsa manusia kian membiak. Keturunan Adam dan Hawa bukan main banyak lagi. Malangnya, hampir semua daripada mereka berdosa dan jahat. Dosa bangsa manusia terlalu besar sehingga Allah mengambil keputusan untuk menamatkan semua hidup manusia melalui bah yang besar. Hanya Nuh sahaja yang menyenangkan hati Allah. Allah mengarahkan Nuh untuk membina sebuah bahtera yang besar untuk menyelamatkan keluarga serta semua binatang-binatang. Nuh mengambil masa bertahun-tahun untuk membina bahtera tersebut, sambil memberi amaran kepada orang ramai bahawa Penghakiman Allah akan datang di dalam bentuk bah. Namun demikian, tiada seorangpun yang percaya kepada kata-kata Nuh dan mereka enggan bertaubat.