36: Anggota Tubuh Kristus

1724

1 Korintus 12:12-31; Efesus 4:11-16; 1 Petrus 4:10

Setiap anggota badan kita mempunyai fungsi sendiri. Mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan mulut untuk bertutur dan makan. Semua anggota badan bekerjasama. Apabila salah satu anggota jatuh sakit atau tercedera, seluruh tubuh akan menderita. Allah berkata bahawa satu tubuh, iaitu Gereja, terdiri daripada anggotanya, iaitu semua orang yang percaya. Tuhan Yesus adalah kepala tubuh itu. Allah telah mengamanahkan kerja kepada setiap anggota badan, contohnya berkhutbah, bernyanyi, kemurahan hati, mengajar, dan menolong orang lain. Jika seorang anggota tidak melaksanakan tanggungjawabnya, seluruh tubuh Gereja akan menderita. Semua orang yang percaya mesti bekerjasama untuk memuliakan Allah serta melayan sesama sendiri.