35: Kematian

892

1 Tesalonika 4:13-18; Ibrani 2:14-15; Wahyu 14:13

Di dalam gambar ini, kita memerhati orang menguburkan jenazah mengikut adat istiadat. Semua orang akan mati pada satu hari. Apakah yang berlaku kepada kita pada saat itu? Firman Tuhan, iaitu Alkitab, menyatakan bahawa pada saat orang yang percaya mati, rohnya akan bersama-sama Tuhan Yesus di syurga. Keluarga dan rakan-rakan si pemati di dalam gambar sedih tetapi mereka tidak dilanda kepiluan yang teramat sangat. Kita tidak perlu takut akan kematian. Allah sayangi kita dan telah menyelamatkan kamu dan saya daripada dosa dan kematian yang kekal. Mereka yang belum percaya tidak mempunyai harapan kehidupan yang kekal dengan Allah. Alkitab menyatakan bahawa golongan tersebut akan dihantar ke neraka jahanam. Di manakah destinasi kamu apabila kamu mati?