10 Perkara Tentang Dosa Yang Kekal Yang Anda Perlu Ketahui

3282
  1. Yesus menyatakan dosa yang kekal di dalam kitab Markus

Yesus mengemukakan topik dosa asal di dalam Markus 3:20-30, di mana petikan tersebut berakhir dengan kata-kata ini: “Ingatlah! Segala dosa yang dilakukan orang dan semua kata kufur yang diucapkan mereka, dapat diampunkan. Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Allah, tidak dapat diampuni! Dia telah melakukan dosa yang kekal.” (Markus 3:28-29).

Ayat ini seringkali dipetik setiap kali orang Kristian setiap kali hal ini diungkit. Namun demikian, petikan ini tidak berhenti begitu sahaja. 

  1. Untuk memahami petikan tentang dosa yang kekal dengan betul, kamu perlu meneliti frasa yang terakhir.

Imbas semula kata-kata Yesus yang terakhir di dalam ayat 28-30: “Ingatlah! Segala dosa yang dilakukan orang dan semua kata kufur yang diucapkan mereka, dapat diampunkan. Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Allah, tidak dapat diampuni! Dia telah melakukan dosa yang kekal”. Yesus berkata demikian kerana ada orang berkata, “Dia dirasuk roh jahat.”

Petikan ini telah menimbul banyak kekeliruan di kalangan orang Kristian. Untuk mencapai pentafsiran yang tepat, kita perlu bermula dengan frasa yang terakhir, di mana ia menjelaskan sebab Yesus mengeluarkan kenyataan tersebut. Dia mengajar begitu kerana musuh-musuh-Nya menuduh Dia dirasuk roh jahat (ayat 22). Tuhan kita memberitahu mereka secara tidak langsung, “Kamu sedang berdiri di ambang pintu dosa. Perlulah kamu berhati-hati, kerana kamu akan melakukan dosa yang kekal.”

  1. Dosa yang kekal bukan kesalahan yang tidak sengaja 

Kita perlu ingat bahawa dosa yang kekal bukan sesuatu yang dilakukan secara rambang. Para guru Taurat dari Yerusalem tidak berdosa begitu mengikut kerenah mereka. Jika kamu memerhati cara guru Taurat dirujuk di dalam kitab Markus, kamu boleh melihat perkembangan mereka ke dalam alam ketidakkepercayaan. Pada awalnya, mereka mempunyai sifat ingin tahu tentang Yesus dan pelayanan-Nya, kemudian mereka mempunyai banyak soalan. Tidak lama kemudian, sifat tidak kisah timbul, dan memuncak dengan niat jahat yang berakhir dalam penyaliban Yesus Kristus. 

  1. Kata kerja Yunani membuktikan ia bukan satu reaksi serta-merta

Di dalam Markus 3, terdapat satu fakta menarik yang timbul di dalam Perjanjian Baru berbahasa Yunani. Mengikut ayat 22, guru Taurat berkata, “Dia dirasuk oleh Beelzebul!”. Kata kerja “berkata” itu boleh diterjemahkan sebagai, “Mereka terus berkata.” Ini membuktikan kenyataan tersebut bukan reaksi yang spontan, tetapi melambangkan keadaan sikap yang sudah keras hati serta jauh daripada mengandungi sebarang perasaan kesal. 

  1. Penolakan progresif amat bahaya

Apabila Allah mendakwa kita tentang dosa peribadi dan mempersembahkan Berita Baik, ia sangat bahaya untuk menolaknya. Terutamanya apabila sikap berlengah-lengah menjadi tabiat yang biasa. Kita terus menentang tanpa henti. Setelah sekian lama, hati serta jiwa kita tidak lagi peka dan hiraukan seruan Allah. Telinga kita tidak menerima kebenaran, dan minda kita menolak ungkitan Roh Kudus. Walaupun kemurahan Allah masih ada, tetapi kita terus menyisihkan Dia. 

  1. Mengetahui Firman Allah tidak mencukupi

Para ahli Taurat terus menolak Yesus kerana keadaan hati mereka yang jahat. Ini satu keadaan yang sungguh tragis kerana ahli Taurat ini yang mendedikasi seumur hidup mereka kepada penyalinan Firman Allah. Golongan ini menyalin Perjanjian Lama hari demi hari dengan tangan mereka. 

Mereka menyalin Kitab Yesaya 53 tentang Hamba Allah yang menderita. Mereka juga telah menyalin Mazmur 22 tentang kematian Mesias. Mereka fasih tentang Mikha 5 tentang nubuatan kelahiran Tuhan. Namun begitu, hati mereka kekerasan sehingga mereka tidak dapat menerima kemurahan Allah di dalam Yesus sewaktu masanya tiba. 

  1. Kita boleh berkeras terhadap kebenaran rohani sewaktu berada di tengah-tengahnya

Kita boleh terus beribadah di gereja serta membaca Alkitab dengan konsisten sehingga perkataan di dalam tidak lagi mempunyai apa-apa kesan dengan peribadi kita. Ahli Taurat sudah biasa dengan hal-hal keagamaan, apabila Anak Allah muncul, mereka tidak mengenali Dia, malah melampar tuduhan bahawa Dia berasal daripada Syaitan. 

  1. Dosa yang tidak boleh diampunkan adalah penolakan Yesus sebagai Anak Allah

Perbuatan mengaitkan mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus kepada Syaitan menunjukkan keadaan sebenar hati ahli Taurat. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka menolak keilahian Yesus Kristus. Mereka menyatakan secara tidak langsung bahawa Dia bukan Allah. Namun demikian, melalui mukjizat Yesus, Dia membuktikan bahawa Dia adalah Allah kerana hanya Allah yang mampu melakukan apa yang Yesus lakukan. Pengikut-pengikut Yesus percaya terhadap keilahian-Nya. .

  1. Penolakan Roh Kudus disamakan dengan penolakan keilahian Kristus

Roh Kudus yang menjadi saksi kepada keilahian Kristus pada hari ini. Jadi, apabila seseorang menolak pelayanan Roh Kudus, atau menyamakan pelayanan Yesus kepada Syaitan, orang tersebut telah menolak peluang yang terakhir untuk diselamatkan. Kamu mesti percaya bahawa Yesus adalah Anak Allah. Kita mesti menerima kesaksian Roh Kudus dan berkelakuan atas keyakinan yang diberikan-Nya.

  1. Jika kamu bimbang tentang melakukan dosa yang tidak diampuni Allah, kebarangkalian besar kamu tidak mengkufuri Roh Kudus

Pemikiran tentang dosa yang kekal telah lama berada di dalam pemikiran orang Kristian sejak abad pertama, dan mungkin ini juga persoalan kamu. Sangat jelas bahawa sesiapa yang berasa khuatir tentang melakukan dosa yang kekal adalah bukti bahawa kamu tidak berdosa begitu. Ini kerana Allah masih bekerja di dalam hatimu, jadi ia mustahil untuk kamu melakukan dosa yang kekal. Dengan pembacaan artikel ini adalah bukti yang kukuh bahawa kamu tidak melakukan dosa yang kekal sepertimana yang diterangkan dalam kitab Markus. 

Secara ringkas, ini adalah “dosa yang kekal”:

Intipati dosa yang kekal adalah kekerasan hati terhadap Allah dan kedegilan dalam menolak segala respon daripada-Nya terhadap rohmu. Penolakan yang berterusan ini akan berakhir dengan kelalian rohmu terhadap Roh Kudus, di mana pendengaran Firman Allah tidak mempunyai sebarang kesan atas hidupmu. Jika kamu mati di dalam keadaan tersebut, kamu tidak mempunyai peluang untuk menerima pengampunan dosa. Untuk mereka yang menolak Yesus Kristus, tidak ada tempat atau masa lagi untuk menerima pengampunan dosa. Dia yang disalibkan untuk kamu, dan apabila Dia ditolak, tiada pengorbanan lain untuk dosa yang boleh diterima oleh Allah. 

Jika kamu masih belum menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat peribadimu, berwaspadalah kerana kamu mungkin telah melakukan dosa yang kekal.