Yesus Kristus

1024

Yesus Kristus mendakwa Diri-Nya ialah Allah (Yohanes 10:22-38, 14:8-11). Dia mendakwa Dialah satu-satunya jalan untuk manusia kembali kepada Allah (Yohanes 14:6-7).

Alkitab memberitahu kita bahawa Yesus Kristus, Peribadi Kedua dalam Tritunggal, ialah Tuhan dan seluruh alam semesta dicipta melalui-Nya (Ibrani 1:1-3). Namun demikian, Dia mengambil rupa seorang manusia dan hidup sepenuhnya sebagai seorang manusia sebelum Dia dengan rela memberikan Diri-Nya untuk mati demi menggantikan tempat kita yang berdosa (Filipi 2:5-8).

Doktrin ini sangat penting kerana jika ia benar, maka kekristianan adalah unik dan berwibawa. Jika tidak, kekristianan tidak ada beza dengan agama-agama yang lain.